13 Pulau/Pantai Menarik Yang Boleh Dilawati di Perlis| Khalifah Media & Networks – Perlis adalah negeri yang paling kecil dalam Malaysia. Tapi masih banyak tempat menarik untuk dilawati di sini. Negeri ini popular sebagai tempat ‘Healing’ kerana banyak tempat yang cantik dengan alam semula jadi yang tiada di mana-mana. Ramai yang tidak tahu, walaupun perlis paling hujung namun masih kaya dengan keindahan pantai dan laut.
Oleh itu, saya senaraikan 13 pulau/pantai menarik yang boleh dilawati sepanjang percutian anda di Negeri Perlis.
1. Pantai Kuala Perlis – pantai
Persisiran pantai di Kuala Perlis tidak sesuai untuk aktiviti air kerana ia kawasan yang berselut. Namun, Kuala Perlis semakin popular dengan keunikkannya sendiri. Banyak kedai makan dan kafe yang comel dan cantik dibina di tepian sisiran pantai. Sambil makan boleh layan dulu view matahari terbenam.
Tarikan lain yang ada di sini ialah Masjid Terapung. Masjid ini dibina dengan konsep resort tropika moden yang dapat lihat menerusi hasil artistik pada reka bentuk masjid. Jika anda datang ke Kuala Perlis, jangan lupa untuk singgah ke sini.
Kini, dengan segala tarikan yang ada di Kuala Perlis telah jadikan kawasan ini wajib dilawati setiap kali anda berkunjung ke Negeri Perlis.


2. Pulau Batu Layang – pulau
Satu-satunya pulau yang ada di Perlis iaitu Pulau Batu Layang yang terlatak 1.3 km dari persisiran pantai Kuala Perlis. Pulau yang tidak berpenghuni ini menjadi tempat tarikan baru di sini. Untuk ke sana, anda perlu menaiki bot laju dari jeti Kuala Perlis.
Seperti namanya, pulau ini terdiri daripada batu-batu sahaja. Menjadi tempat untuk kaki pancing kerana sarat dengan kawasan ikan. Selain itu, ramai pelancong dalam mahupun luar negeri datang untuk melihat sendiri kemunculan ikan lumba-lumba spesies Indo Pacific Humpback dan ikan Yu Paus.
Sememangnya Pulau Batu Layang menjadi tempat yang menarik untuk dilawati.


3. Pulau Ketam, Kuala Perlis – pantai
Tempat ini bukanlah sebuah pulau namun ianya dinamakan sempena nama kampung yang terletak di sini iaitu Kampung Pulau Ketam. Kampung ini merupakan kampung nelayan yang masih aktif dengan aktiviti tangkap ikan sebagai punca pendapatan utama rakyat sini.
Pulau Ketam sangat popular sebagai tempat untuk lihat pemandangan matahari terbenam. Pemandangan di sini sangat menakjubkan. Jangan risau kalau ke sini, banyak gerai dan kedai makan dibuka dengan menjual banyak pilihan makanan, dari makanan tempatan, western, thai, chinese dan banyak lagi.
Anda juga dapat ambil gambar bersama tugu patung besar yang menjadi simbolik Pulau Ketam.


4. Pantai Kurong Tengar – pantai
Satu lagi usaha giat yang di usaha oleh pihak kerajaan Negeri Perlis iaitu membina taman di Pantai Kurong Tengar. Di sini anda boleh riadah dan berkelah dengan keluarga dan sahabat anda. Terdapat taman permainan dan trek untuk joging dan bersenam di sekitar taman ini.
Lagi menarik, waktu petang angin di sini sangat kuat dan sesuai untuk main layang-layang. Bila tiba musim angin timur, maka anda dapat lihat banyak pertunjukkan layang-layang diadakan di sini.
Masukkan Pantai Kurong Tengar dalam senarai tempat untuk dilawati jika anda datang ke Negeri Perlis.

Sekarang ni, kami hanya jumpa 10 pantai/pulau menarik di negeri Perlis. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Perlis ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!