13 Tempat Makan Best Arab Di Batu Feringghi, Pulau Pinang | Jom sertai kami dalam pengembaraan gastronomi yang autentik, di mana setiap suapan membawa anda ke dunia rasa kaya dari Timur Tengah. Nikmatilah kelezatan hidangan Arab yang segar dan lazat, disediakan dengan penuh cinta dan kelembutan.

Dekat sini, banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan apa di Batu Feringghi? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda cuba di Batu Feringghi yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan yang pelbagai, direka khas untuk puaskan selera anda.

 

1. GRAND LEBANON RESTAURANT – MAKANAN ARAB

Restoran Grand Lebanon di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, sajikan hidangan Autentik Arab, India, Morocco, Itali & senarai menu khas masakan Lebanon berkualiti tinggi. Gaya lazat Lebanon moden dengan pengaruh Timur Tengah. Makanan adalah Halal & dihasilkan dengan penuh teliti. Di Restoran Lebanon, mereka ingin tingkatkan dan sentiasa upgrade selera dengan bahan-bahan dan rasa yang baru.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 110-1A & 1B, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  04-881 3228.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/GrandLebanonRestaurant/

 

2. RUBIN MARDINI – MAKANAN ARAB

Restoran ini adalah salah satu restoran makanan arab yang terkenal jugak di kawasan Batu Feringghi. Rata-rata pelancong luar banyak singgah ke sini untuk rasa makanan arab dan timur tengah yang ada dekat restoran mereka. Pelbagai jenis menu mereka sediakan dan semua sedap-sedap belaka. Harga agak mahal tetapi berbaloi dengan kesedapan makanan itu.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 591 Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang. Kedai ini mula operasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 1 tengah hari hingga  11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-1121 7378.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rubin.mardini/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rubin.mardini/

 

3. LITTLE TURKEY – MAKANAN ARAB

Restoran Little Turkey adalah tempat di mana anda boleh merasai Hidangan Turki yang lazat dengan aroma yang memikat & nikmat yang beraneka untuk penuhi citarasa setiap tetamu dari seluruh dunia. Mereka percaya dalam menyajikan dari hati mereka dengan penuh semangat untuk makanan & minuman.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di Opposite Shangri-La Rasa Sayang Hotel, 186, Jalan Batu Ferringhi, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga  11.45 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LittleTurkeyMy/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/littleturkeymy/

 

4. HALAACHEF – MAKANAN ARAB

Tak tahu nak cari dekat mana port makanan arab yang best dan padu area Batu Feringghi? Haaa… Anda boleh bawa family anda datang ke Halaachef ni.

Dekat sini, pelbagai jenis makanan arab dan western korang boleh dapat. Staff pon semua ramah dan servis sangat laju. Makanan yang dihantar pon semua panas-panas lagi. Pengunjung yang datang semua bagi review yang best.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 72C-G-5, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Penang. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga  12 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  04-881 1951.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Batu Feringghi ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply