13 Tempat Makan Best Arab Di Muar, Johor | Muar adalah salah satu daerah di Johor yang terkenal dengan syurga makanan. Rata-rata pengunjung atau pelancong akan datang ke sini untuk food hunting. Terdapat pelbagai jenis makanan, masakan dan menu yang viral yang ada dekat Muar, Johor ni.
Untuk peminat food hunting yang sentiasa cari tempat makan yang trendy dan best, sertailah kami di dalam mencari kuliner yang memukau! Jika anda nak mencuba makanan arab yang memikat hati di Muar, tak perlu risau, kami Khalifah Media Networks telah senarai 13 tempat makan best dan terbaik yang pasti akan anda puas hati.
1. NORA CAFE NASI ARAB MUAR – MAKANAN ARAB
Ini adalah salah satu restoran arab yang sangat popular Muar. Semua pengunjung yang datang semua bagi review yang memuaskan dan komen yang bagus-bagus je. Menu pon banyak, mesti korang pening pilih yang mana. Antara menu yang ada yang korang boleh cuba ialah kunafa, nasi arab mandy ayam, kambing dan daging, kebab, shawarma, manisan arab yang lain dan teh manis arab dan banyak lagi lah.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 15, Jalan Seri, Taman Seri Bakri 2, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-798 5990.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/noracafe88/
2. ARABIAN CURRY HOUSE – MAKANAN ARAB
Arabian curry house juga salah satu restoran yang dapat sambutan hangat oleh penduduk Muar mahupun pelnacong yang datang ke Muar. Restoran mereka yang sangat bersih dan luas serta selesa. Parking pon mudah cari. Harga pon murah dengan portion yang diorang sediakan. Korang wajib datang singgah dan rasa.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jln Perindustrian, Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 06-950 6030.
3. MARWAN SHAWARMA DAN NASI ARAB PURE – MAKANAN ARAB
Nak cari shawarma dan nasi arab yang rasa memang betul-betul dekat tanah Arab? Korang boleh datang singgah ke restoran ini. Pasti korang akan puas hati dengan masakan mereka. Shawarma mereka memang terasa seperti korang makan di Tanah Arab, sangat sedap. Banyak pon banyak.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 260, Jalan Temenggong Ahmad, Taman Bunga Raya, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 018-238 1139.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/k.gaza.my/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best makanan arab di kawasan Muar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !