13 Tempat Makan Best Sarapan Di Bayan Lepas, Pulau Pinang | Bayan Lepas ialah sebuah bandar yang terletak di bahagian tenggara Pulau Pinang, Malaysia. Ia terkenal dengan pembangunan industri dan teknologi serta menjadi lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Selain terkenal dengan pusat perindustrian, Bayan Lepas juga mempunyai banyak port-port sarapan yang boleh korang kunjungi.

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Bayan Lepas tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Bayan Lepas ini.

 

1. MENTARI PAGI – SARAPAN

Mentari Pagi terletak di tengah-tengah kampung merupakan kedai sarapan pagi yang viral dan ramai orang datang kunjung. Mereka menyajikan menu seperti lontong, soto, curry mee, nasi lemak dan banyak lagi. Harga makanan mereka agak mahal, tetapi berbaloi dengan makanan mereka. Suasana kedainya yang tenang dan cantik membuatkan ramai pengunjung berminat untuk datang cuba sarapan di sini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Mahkamah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8.30 pagi sehingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-916 9254.

 

2. MAKAN PAGI @ FIZZY CAFE – SARAPAN

Makan pagi @ Fizzy cafe merupakan salah satu kedai sarapan pagi yang baru beroperasi tetapi sudah mendapat smabutan yang hangat oleh para pengunjung. Kedai ini telah viral dengan menu makanan sarapan pagi mereka yang banyak dan beraneka. Terdapat lebih 20 menu sarapan pagi yang disediakan oleh mereka. Anda patut datang cuba menu-menu mereka yang dapat menggugah selera anda.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 018-974 2272.

INSTAGRAM PAGE: https://www.tiktok.com/@makanpagi.png

 

3. TAMCRUZZ ROTI BAKAR – SARAPAN

Bagi peminat roti bakar anda wajib singgah ke sini, sekiranya anda datang ke Bayan Lepas. Mereka menyajikan pelbagai jenis roti bakar yang sedap dan beraroma yang dapat membuat korang terliur. Harga makanan mereka juga sangat berpatutan berbaloi dengan makanan yang disajikan. Antara menu yang terdapat di sini ialah roti bakar telur dengan kaya, roti canai biasa, roti canai cheese, roti bakar telur goyang, roti bakar dengan mushroom soup dan banyak lagi. Kuey teow theng juga merupakana salah satu menu popular di kedai ini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Persiaran Bayan, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 5.30 pagi sehingga 11 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-491 8418.

 

4. KAFE JANGGUT – SARAPAN

Penggemar nasi lemak dengan sambal sotong ini merupakan port sarapan pagi yang tepat dan wajib korang kunjungi. Kafe Janggut menyajikan nasi lemak yang beraroma dengan aneka jenis lauk yang boleh korang pilih. Nasi lemak mereka menjadi pilihan ramai pengunjung tempatan atau luar. Suasana kedai mereka juga tenang dan kawasannya bersih dan tersusun. Parking pon mudah untuk korang semua. Anda bolehlah datang bersama-sama rakan atau keluarga untuk mencuba nasi lemak mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Kampung Masjid, 11960 Bayan Lepas, Penang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 6 pagi sehingga 3 petang.

 

5.WARUNG KOPI ABANG M – SARAPAN 

Warung yang terletak di tepi jalan ini merupakan salah satu warung sarapan pagi yang popular di Bayan Lepas. Terletak di sepanjang jalan dalam kawasan perumahan. Menyajikan pelbagai hidangan sarapan. Dari roti hingga sup mi, roti canai, mee wantan, kuey teow sup hingga kuih-muih dan nasi lemak. Anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan. Warung ini juga terkenal di kalangan pekerja-pekerja yang bekerja di sekitar kawasan tersebut.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-448 5061.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063630785554

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Bayan Lepas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply