13 Tempat Makan Best Sarapan Di Ipoh, Perak | Ipoh, sebuah bandar yang terletak di negeri Perak, Malaysia, juga dikenali sebagai syurga bagi para pecinta kuliner. Bandar ini memiliki daya tarik unik yang terletak dalam seni memasak dan berbagai hidangan sarapan pagi yang menggoda lidah. Pagi-pagi di Ipoh adalah momen yang dinantikan oleh banyak orang, bukan hanya untuk memulai hari dengan semangat baru tetapi untuk mencuba tempat makan best di Ipoh.
Sementara berehat di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Ipoh? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Ipoh, Perak yang anda harus cuba.
1. SUHAIMI CAFE – SARAPAN
Kebanyakan pengunjung yang datang ke Ipoh semestinya akan singgah untuk sarapan di sini. Mereka takkan lewatkan menyebut nama kafe yang satu ini. Kafe ini termasuk salah satu dari tempat-tempat yang sangat popular di sekitar Ipoh.
Tentunya anda tidak boleh melepaskan peluang ini untuk mencuba salah satu hidangan popular di restoran ini, iaitu roti benggali yang nikmat saat dinikmati dengan kacang pool. Tidak hanya itu, korang juga perlu merasai kenikmatan kopi Vietnam mereka yang khas, dengan kekayaan rasa dan kepekatan yang sempurna. Ini adalah minuman yang tak hanya memanjakan lidah.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 11, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff, 30100 Ipoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-442 8832.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/suhaimicafe/?hl=en
2. IPOH STATION CAFE – SARAPAN
Fuhh menu breakfast mereka memang lain dari yang lain. Harga pun murah murah sangat. Mana yang taktau nak sarapan di mana boleh singgah port baru ni. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak ikan bilis mata biru. Dengar nama pun dah terliur. Nasi lemak ni menggunakan ikan bilis special dari Pulau Pangkor. Sangat rangup dan tak liat dan masin. Selain itu, ada juga banyak jenis roti yang terdapat di sini seperti roti benggali kacang pool, roti ghedik, roti goyang, roti titab, roti teloq melelehh dan macam macam lagi la. Minuman pon ada jugak di sini antara yang popular dan menjadi pilihan wajib pengunjung yang datang ialah air teh ais madu leleh.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 23, Medan Stesen 18/16, Stesen 18, 31650 Ipoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-466 6586 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ipohstationcafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ipohstationcafe/?hl=en
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@ipohstationcafe?fbclid=IwAR3kxAzYiU4FkF4PPzhIrbz3hpnczqYSazwPFNPa2qQ7iU26KcBnwn0LB4A
3. WARUNG SUNGAI TAPAH – SARAPAN
Warung Sg. Tapah memiliki daya tarik uniknya sendiri. Di sini, anda boleh merasakan suasana yang lebih santai dan akrab, sambil menikmati hidangan yang lazat. Mungkin saja anda akan menemukan hidangan-hidangan istimewa yang tidak ada di restoran lain, memberikan pengalaman yang berbeda dari biasanya. Antara menu popular di warung ini ialah nasi lemak kukus, wantan kicap dan roti goyang. Bukan sahaja sedap dan mengenyangkan, harganya juga berpatutan.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 1632, Jalan Cempaka, Kampung Manjoi Tambahan, 30020 Ipoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-521 7161.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasilemakkukusipoh/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warung_sungai_tapahmanjoi/
4. KEDAI KOPI YEOP – SARAPAN
Peminat kopi wajib singgah ke kedai kopi yeop untuk merasai rasa kopi yang pekat dan tidak terlalu manis. Mereka specialis dalam pembuatan kopi jadi korang patut cuba diorang punya kopi. Selain air kopi, menu sarapan lain seperti mee kari, roti telur goyang, loontong, cucur udang, kuey tiow goreng juga merupakan menu yang popular di sini.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 22, Persiaran Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-509 7216.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057529026635
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopiyeop/?hl=en
5. NEW HOLLYWOOD – SARAPAN
Restoran ini merupakan salah satu restoran sarapan pagi yang wajib korang kunjungi sekiranya anda pergi bercuti di Ipoh. Restoran dipenuhi ramai orang tidak kira waktu, tambah-tambah pada waktu pagi sangat ramai. Menu yang disajikan juga menarik dan sedap-sedap belaka.
Rasanya yang luar biasa membuatkan Restoran New Hollywood diakui sebagai tempat yang menyajikan makanan halal yang lazat. Dengan reputasinya yang terkenal, jelas bahwa ini adalah tempat yang patut dikunjungi bagi siapa pun yang mencari pengalaman kuliner yang autentik dan memuaskan di Ipoh.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 38, Lorong Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-290 8887.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Ipoh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !