13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kemaman, Terengganu | Daerah Kemaman adalah bandar dan pusat untuk Chukai. Pada zaman dahulu di kawasan kampung Cukai banyak terdapat sejenis pokok yang dipanggil pokok Maman tumbuh disekitar kawasan itu dan tiap-tiap petang ada kumpulan kera datang ke kawasan itu untuk makan pucuk-pucuk Maman itu. Lalu tempat tersebut dinamakan “Kemaman”, diambil dari dua perkataan Kera dan Maman dan mereka singkatkan jadi Kemaman.
Sementara berehat di Kemaman sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Kemaman? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Kemaman yang anda harus cuba.
1. WARUNG AZIZ SATAR – SARAPAN
Warung Aziz Satar adalah tradisi Terengganu seperti Satar, Otak-otak, Ketam Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Mee Calong dan banyak lagi. Makanan sedap. Ruang luas. Seafood best. Air nyor ada. Nasi putih lauk campur ada.
Makanan pantai timur seperti keropok, otak-otak, ikan celup tepung dan sata. Harga standard. Lokasi mudah dicari. Lokasi sekitar ada juga gerai2 lain yang menjual keropok, sata, otak2 dan lain-lain. Pinggan nasi yang besar. Ada jeti perikanan berhampiran lokasi. Parking pun ada. Pendek kata memang puas hati.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni dengan keluarga? Lokasi kedai ini terletak di T124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-209 4212.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warung_aziz_satar_kemaman/
2. WARUNG ROTI TEMPAYAN – SARAPAN
Warung Roti Tempayan ini adalah warung yang sediakan roti yang dibakar dalam tempayan dan mereka hidangkan dengan kuah kari kambing. Roti tempayan ini adalah menu bestseller dekat warung ni. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi komen dan review yang best dan memuaskan. Harga pon sangat mura, berbaloi dengan makanan yang sedap tu…
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-2544 5592.
3. SEGITIGA – SARAPAN
Korang kalau datang ke Kemaman nak cari English Breakfast boleh datang ke sini. Segitiga ni salah satu port breakfast yang ramai orang singgah. Menu-menu yang mereka sediakan pon banyak dan semua sedap-sedap belaka.
Antara menu bestseller kat sini ialah set english breakfast, nasi lemak, macaroni bakar, roti telur, roti bakar, sandwich dan banyak lagi. Bagi yang gemar breakfast ala-ala English style tu ini adalah tempat untuk anda singgah.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 6020, Jalan Tempurong, Taman Bukit Mentok, 24000 Chukai, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 7 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-350 9907.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@segitiga_bydm
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dunyut.munchies/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/segitiga_bydm/
4. KOPI KLASIK KEMAMAN – SARAPAN
Korang dah bosan asyik breakfast port yang sama je? Kopi klasik di Kemaman ni adalah kedai brekafast yang boleh korang kunjung dengan keluarga atau kawan-kawan korang. Kedai ni mendapat rating yang tinggi di Google dan semua pengunjung yang datang akan recommend tempat ni dekat orang lain.
Menu yang ada kat sini ialah aneka jenis kopi bagi peminat kopi, roti bakar, roti steam, roti telur, roti titab, nasi lemak, mee wantan, mee kuah, soto dan banyak lagi lah. Korang wajib datang dan cuba..
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Abdul Aziz, 24000 Chukai, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 10 pagi sehingga 7 malam. Kalau anda sebarang pertanyaan, boleh hubungi di no tel: 019-930 4600.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KedaiKopiKlasikKemaman/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopiklasikkemaman/
Buat masa ini kami hanya jumpa 4 tempat makan best sarapan di kawasan Kemaman ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !