13 Tempat Makan Best Sarapan di Keningau, Sabah | Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau ada pelbagai tempat bersejarah yang pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Keningau juga banyak lokasi rekreasi, tarikan alam semula jadi, pusat kraftangan dan port makan yang best.
Bagi yang suka food hunting cari port breakfast yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik dari daerah Keningau tapi tak tahu dekat mana? Berikut adalah senarai 13 tempat makan best untuk anda sarapan best Keningau, Sabah.
1. RESTORAN RAHMAT II – SARAPAN
Restoran ini adalah restoran yang dapat rating restoran sarapan yang tinggi di Google. Korang kalau datang ke Keningau boleh datang singgah sini untuk breakfast. Terdapat banyak menu yang ada dekat sini yang korang boleh cuba. Antaranya ialah nasi lemak bilis telur, mee kolok, mee kari,satay ayam dan daging, aneka nasi berlauk, soto, kuih-muih dan banyak lagi.
Teringin nak cuba makanan yang ada dekat sini? Ajaklah kawan atau keluarga datang beramai-ramai.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 9 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-838 3176.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rcckeningau/?locale=ms_MY
2. BAKTI RESTORAN – SARAPAN
Ini adalah salah satu port breakfast yang agak famous juga dekat Keningau ni. Pengunjung yang datang pon selalu recommend restoran ni kepada orang ramai. Nasi ayam penyet ialah menu special mereka yang selalu soldout awal. Antara menu lain yang korang boleh try kat sini ialah roti canai, murtabak, roti canai banjir, roti canai telur, nasi lemak, soto, mee kari, mee kolok, aneka nasi berlauk dan banyak lagi.
Restoran mereka sangat luas dan selesa untuk korang bawa family besar breakfast kat sini. Harga pon murah dan tak terlalu mahal. Bolehlah datang ke sini pada waktu cuti atau hujung minggu.
Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Lot 14 Suria Shopping Centre, 89000 Keningau, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 6.30 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 087-330 375.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BAKTIRestaurantKgu/
3. MEDAN CITRA RASA – SARAPAN
Medan citra rasa ini adalah port breakfast yang sangat ramai orang datang kerana kesedapan makanan mereka. Terutamanya pelancong dari luar, selalu datang untuk breakfast dekat sini. Mereka tak hanya sediakan menu untuk sarapan sahaja, malah untuk makan tengah hari dan malam pon sangat meriah dekat sini korang boleh dapat.
Antara menu yang bestseller dekat sini yang korang boleh cuba ialah nasi goreng, nasi lemak, kuih-muih, mee kari, mee sup, soto, kuey teow goreng, satay, pisang goreng cheese, keropok lekor. Terdapat banyak lagi menu yang best-best yang boleh korang cuba dekat sini. Lalu dekat kawasan Keningau jangan lupa untuk singgah tau..
Rancang nak datang untuk mencuba makanan disini? Lokasi restoran ini terletak di 89000 Keningau, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 9 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-891 7597.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Medancitrarasa/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/medan_citra_rasa/?hl=en
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Keningau ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !