13 Tempat Makan Best Sarapan Di Padang Besar, Perlis | Terdapat beberapa tarikan di Padang Besar, termasuk Pasar Malam Padang Besar yang terkenal dengan pelbagai barangan murah dan pelbagai makanan, serta stesen keretapi yang menghubungkan Malaysia dan Thailand. Selain itu, terdapat juga Kuil Jamik Padang Besar yang menjadi simbol kepelbagaian budaya dan agama di kawasan tersebut.

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Padang Besar tapi tak tahu dimana, Di sini kami kongsikan beberapa tempat makan best yang menarik untuk anda sarapan yang perlu di cuba di sekitar Padang Besar, Perlis ini.

1. MAK TEH PULUT AYAM – SARAPAN

Pulut Ayam di kedai Mak Teh mempunyai perbezaannya tersendiri. Pulutnya mempunyai tekstur yang sangat lembut dan berlemak. Ayam yang disajikan juga sangat crispy dan dimasak dengan elok yang disertai dengan bawang goreng yang rangup serta sos Thai yang sesuai untuk dinikmati bersamanya. Selain menu pulut ayam terdapat menu lain seperti nasi ayam, masakan panas, kerabu maggi, kuetiaw sup, laksa Perlis, laksa lemak, tomyam dan bermacam lagi. Bagi anda yang sukakan sarapan pagi makanan thai bolehlah cuba di kedai ini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 8 pagi sehingga 7 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-664 4680.

2. WARUNG ISTANA KASIH – SARAPAN

Menu di Warung Istana Kasih ini terdiri dari pelbagai jenis roti canai biasa, roti banjir telur, roti sardin, roti kawen dan pelbagai jenis roti lagi. Bagi penggemar roti canai anda wajib kunjung ke sini untuk mencuba jenis-jenis roti mereka. Haraganya juga sangatlah murah dan rahmah. Semua orang dapat mencuba dan merasai roti canai di warung ini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 29 A JALAN PADANG BESAR (U) 02100 PADANG BESAR PERLIS, Padang Besar, Malaysia. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-460 1255 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarungIstanaKasih/

3. WARUNG PUNCAK NASI GULAI ITIK – SARAPAN

Bagi penggemar masakan itik, warung ini wajib korang kunjungi sekiranya anda datang ke Padang Besar. Harganya sangatlah rahmah hanya RM2.00 untuk satu nasi gulai itik. Bunyi macam tak masuk akal tapi itula harga sebenar nasi gulai itik. Nasi gulai itik ini merupakan menu yang famous dan menjadi menu recommended bagi pengunjung yang datang ke sini. Selain nasi gulai itik, mereka juga menyediakan menu lain jugak yang boleh korang cuba.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 02450 Padang Besar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari dan 24 jam.

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Padang Besar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply