13 Tempat Makan Best Sarapan Di Pekan, Pahang | Pekan ialah sebuah perbandaran dan bandar diraja di negeri pahang dalam negeri Pahang. Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang.
Selain itu, Pekan juga mempunyai banyak port-port breakfast yang best dan sedap untuk pengunjung. Korang wajib singgah breakfast di sini sekiranya korang datang.
Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Pekan untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Pekan, Pahang yang boleh anda singgah.
1. WARUNG SUNGAI GOLOK – SARAPAN
Warung Sungai Golok merupakan salah satu warung sarapan pagi yang famous dekat Pekan, Pahang. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini akan singgah untuk mencuba sarapan di sini. Mereka menyajikan pelbagai jenis makanan sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun sup, laksa, roti canai dan banyak lagi. Kedai ini juga pernah viral di dalam media sosial akan kesedapan makanan mereka.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lorong Haji Abdullah, Kampung Parit Tengah, 26600 Pekan, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
2. WARUNG PEKAN LAMA – SARAPAN
Rata-rata penduduk Pekan pastinya semua pernah pergi Warung pekan Lama ini. Ini juga merupakan salah satu warung breakfast yang sangat popular di Pekan. Menu di warung ini sangat meriah dan semuanya sedap-sedap belaka. Antara menu bestseller ialah, pulut manis, kuih cara, nasi lemak, lempeng, roti canai, roti canai telur dan banyak lagi. Korang boleh datang ke sini bersama keluarga korang atau kawan-kawan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 18, Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan Lama, 26600 Pekan, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-920 7515.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungpekanlama/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungpekanlama/
3. LEKIR COFFEE – SARAPAN
Berkonsepkan kafe aesthetic kafe ini merupakan kafe yang menyajikan menu sarapan pagi yang best dan sedap. Korang kalau datang ke Pekan wajib singgah ke sini. Ruang kedainya yang luas dan selesa. Harga makanan di sini juga berpatutan dan murah sesuai dengan makanan. Menu wajib yang korang perlu cuba kalau datang ke sini ialah nasi lemak, nasi ayam buttermilk, pelbagai jenis kopi dan banyak lagi.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 13, Lorong Peramu Permai 1, TAMAN PERAMU PERMAI, 26600 Pekan, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 017-989 4971.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@lekircoffeepekan
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lekircoffeee/?locale=ms_MY
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Pekan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !