13 Tempat Makan Best Sarapan Di Pendang, Kedah | Di tengah pesonanya, Pendang, Kedah, menyimpan sejumlah destinasi sarapan yang menanti untuk dijelajahi. Mulailah hari anda dengan cita rasa yang mengasyikkan dengan melawat beberapa tempat-tempat best untuk menikmati hidangan pagi yang tak akan korang lupakan di Pendang.

Jika anda berkunjung kesini bolehlah datang dan nikmati masakan disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut merupakan senarai tempat-tempat best untuk anda sarapan yang ada di Pendang, Kedah.

 

1. NASI LEMAK KUNING BERLAUK – SARAPAN

Bagi penggemar nasi lemak kedai ini wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di Pendang. Hidangan yang terdiri daripada nasi lemak kuning yang beraroma, disajikan dengan pelbagai jenis lauk-pauk yang lazat. Selain nasi lemak, mereka juga menyediakan menu sarapan lain seperti roti dol, roti sardin, roti telour goyang, mee kari dan banyak lagi.

Kedai ini terletak betul-betul selepas turun tol Pendang. Disebabkan itu ramai pengunjung luar dari Kedah banyak yang singgah di sini. Lokasinya yang strategik mudah untuk pengunjung yang ingin datang cari.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di 413, Jln Pendang-Tanah Merah, Kampung Kubang Anak Gajah, 06700 Pendang, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.

 

2. KEKTUS KITCHEN – SARAPAN

Kektus Kitchen menyajikan menu sarapan sehingga menu western dan masakan panas. Menu sarapannya yang popular adalah roti bakar, roti canai, roti kukus sangkaya dan banyak lagi. Restoran ini sangatlah selesa kerana restoran ini berkonsepkan cafe. Harganya juga tidaklah terlalu mahal dan sesuai dengan menu yang disajikan.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di No.1, Kompleks Perniagaan Seraya Jalan Pendang Mukim, 06700 Pendang, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 9 pagi sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 013-669 8623 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063830206144&locale=ms_MY

 

3. KRI ROTI CANAI DOL – SARAPAN

Kri roti canai dol terletak di tempat yang strategik, kedai ini menawarkan pengalaman santapan yang menggugah selera dengan fokus pada hidangan roti canai yang khas. Dibuat oleh tangan yang mahir oleh tangan-tangan yang terlatih, roti canai doldi sini menggabungkan kelembutan dan rasa mentega yang lezat. Pilihan pelbagai lauk dan hidangan pendamping seperti dalca, daging rendang, sambal dan kari menambah variasi dalam pilihan makanan.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Medan Selera, Bandar Mukim, 06700 Pendang, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 018-397 4767 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KRIROTICANAIDOLL/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/krirotidoll/?hl=en

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Pendang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply