13 Tempat Makan Best Sarapan Di Puchong, Selangor | Puchong adalah sebuah daerah bandar di dalam linkungan metropolitan Kuala Lumpur atau Selangor.  Daerah Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan lombong dan sungai.  Di sini, terdapat banyak juga tempat makan yang best-best yang korang tak tahu.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Puchong? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Puchong, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. HANANA STATION – SARAPAN

Hanana Station merupakan 100% self service restoran, dari mengambil order, ambil nombor dan pickup makanan anda sendiri. Antara makanan yang menjadi pilihan pengunjung yang datang ialah satay, briyani, lontong kering, kacang pool dan banyak lagi.

Tempat sarapan yang bagus dan best untuk orang Johor yang teringin nak sarapan ala-ala breakfast Johor. Perkhidmatan mereka juga cepat dan cekap walaupun pack dengan pengunjung yang datang tak henti-henti. Harganya juga berbaloi dengan portion yang diberikan.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 40 (Ground Floor, Jalan BP 6/13, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 016-670 0752 atau boleh terus email di [email protected].

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hananastationsataymuo/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hananastationsataymuo/

 

2. NIQREESNACK STATION – SARAPAN

Cafe klasik di Lembah Klang yg menyediakan menu-menu sarapan yang authentic utara especially Kedahan food. Peknga gulai ikan termenung adalah makanan yang paling popular di sini dan ia adalah lempeng yang disajikan dengan gulai ikan kembung,

Peknga adalah short form untuk tepek di belanga, cara orang kedah menyediakan. Pulut sambal petai juga menjadi pilihan pengunjung yang datang dimakan dengan puree sadin. Selain itu,  cucur udang kuah kacang, roti bakar telur, roti bakar kaya dan nasi lemak juga terdapat di sini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 40 (Ground Floor, Jalan BP 6/13, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 016-670 0752 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/haveachip/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/niqreesnack/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@niqreesnackstation

 

3. SERAMBI D’CORNER NORANOM – SARAPAN

Ini merupakan salah satu port sarapan yang viral dan popular di Puchong. Rata-rata pengunjung yang datang ke Puchong pasti akan singgah ke sini untuk mencuba sarapan mereka. Menu yang best di sini ialah Lempeng Pisang, Roti Bakar Special, Lontong Paru, Kacang Pool, Mee Goreng Telur Puyuh, Nasi Lemak Rendang Ayam, Lempeng Kelapa, Roti Bakar Telur Separuh Masak. Portion makanan mereka banyak dan anda mungkin boleh share berdua kalau anda jenis cepat kenyang. Ramai pengunjung mengatakan bahawa masakan mereka terasa seperti home cook.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lot 147, Jalan Taqwa, Kampung Seri Andalas, 47100 Puchong, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 011-1117 2845 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/serambinoranom/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@serambinoranom

 

4. NURUL SATE BATANG PINANG – SARAPAN

Restoran ini menyediakan sate batang pinang/tenderloin yang premium dan mereka juga menyediakan makanan tradisional melayu dan juga makanan tradisional dari Johor untuk anda sarapan. Kawasan tempat parking juga sangat luas dan lapang, korang tak perlu risau nak parking dekat mana.

Antara menu yang best dan wajib korang cuba ialah Lontong Kering, Sate Ayam Sate Daging, Lontong dengan Sambal Sotong, Roti Bakar Kacang Pool dan banyak lagi. Penggemar sate anda memang wajib datang untuk merasai kesedapan sate mereka.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 10, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, 47100 Puchong, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-428 8944.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nurul_satebatangpinang/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@nurulsatebatangpinang

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Puchong ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply