13 Tempat Makan Best Sarapan Di Tangkak, Johor | Tangkak merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka, sebelum ia dibangunkan oleh Dato’ Muhammad Salleh bin Perang, Dato’ Bentara Luar  pada akhir kurun ke-19. Nama asal Tangkak sebelum itu adalah Chohong. Di Tangkak, korang boleh dapati banyak tempat breakfast yang best-best yang boleh korang singgah.

Datang ke Tangkak tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.  Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Tangkak, Johor.

 

1. D’MAMPIR NASI LEMAK – SARAPAN

D’Mampir nasi lemak merupakan salah satu port breakfast dan makan tengah hari yang popular di Tangkak, Johor. Di sini, korang boleh dapat pelbagai menu sarapan pagi seperti nasi lemak aneka lauk, satay ayam, satay daging, satay kambing, nasi lemak daun pisang, kuih-muih yang dihantar oleh orang-orang kampung di situ dan banyak lagi. Nasi lemak mereka sangatlah sedap. Nasi dan sambal mereka merupakan gandingan yang sangat perfect orang kata. Korang wajib singgah kalau lalu dekat sana.

Ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  017-673 9788.

 

2. ROTI CANAI SARANG BURUNG TANGKAK – SARAPAN

Kedai ini merupakan kedai yang famous dengan roti canai sarang burung. Bagi penggemar roti ini korang kena datang dan cuba roti canai mereka. Daging yang diletak atas roti canai tersebut dimasak dengan cukup rasa dan dagingnya tak keras. Selain itu, kalau korang nak cuba menu lain korang boleh cuba soto, roti canai telur, roti bakar, ansi lemak, lontong dan banyak lagi. Makanan mereka semua sedap-sedap belaka.

Berminat ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di No 15, Pusat jaja, Jalan Bidara 9, Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-781 0091.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Roti-Canai-Sarang-Burung-Viral-Tangkak-100063663457717/

 

3. DAPUR CIPUK – SARAPAN

Korang tak tahu nak sarapan kat mana yang best dan sesuai untuk berkumpul? Korang boleh datang ke Dapur Cipuk, mereka menyajikan menu sarapan pagi yang menyelerakan dan banyak pilihan yang korang boleh pilih. Suasana kedai mereka sangatlah tenang dan luas. Memang sesuai la kalau nak bawa ramai orang datang ke kedai ini.

Antara menu yang terdapat kat sini ialah nasi lemak ayam, soto, mee bandung, mee jawa, satay ayam,satay daging, mee kuah dan banyak lagi lah… Korang kalau hujung minggu tak tahu nak pergi breakfast kat mana bolehlah cuba datang sini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka.

Nak datang tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di Lorong Haji Johari, Kampung Penchu, 84700 Gerisek, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-723 2627

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Dapurcipuk/

 

4. ROTI CANAI DAN MURTABAK PADANG LEREK – SARAPAN

Bagi peminat murtabak dan roti canai ini merupakan port breakfast untuk anda. Di sini, mereka menyajikan roti canai dan murtabak turun-temurun resepi nenek moyang. Rasa seperti orang-orang dulu buat. Harga makanan juga sangat murah dan rahmah. Korang kalau dah bosan asyik breakfast tempat yang sama bolehlah cuba di kedai ini pula. Pasti and akan puas hati.

Berminat ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Hj Mohd Nor, Kampung Tanjung Batu, 84900 Tangkak, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-6606878.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Tangkak ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca, jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain jugak ye!

Share.

Leave A Reply