13 Tempat Makan Best Sarapan Di Temerloh, Pahang | Temerloh merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini juga dikenali dengan gelaran “Titik Tengah Semenanjung” memandangkan lokasinya yang berada di tengah Semenanjung Malaysia. Temerloh merangkumi pekan kecil seperti Mentakab, Lanchang, Kerdau dan Kuala Krau. Kalau korang nak tahu dekat Temerloh banyak jugak port-port breakfast di sini.
Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Temerloh untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Temerloh, Pahang yang boleh anda singgah.
1. KAK ZA NASI DAGANG – SARAPAN
Bagi yang nak mencuba makanan pantai timur untuk sarapan pagi. Korang boleh datang ke restoran Kak Za ni. Mereka menyajikan menu utama mereka iaitu nasi dagang. Nasi dagang mereka merupakan menu bestseller di restoran ini. Selain nasi dagang, nasi kerabu, kuih akok, roti canai dan nasi lemak juga merupakan menu yang pengunjung selalu cuba. Harganya juga sangat murah berpatutan dengan portion yang disajikan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di TELEKOM AREA, Jalan Merbah, 28000 Temerloh, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-927 9578.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kak-Za-Nasi-Dagang-100057685260476/
2. KEDAI KOPI RHE-BE – SARAPAN
Berkonsepkan klasik dan retro, kedai kopi rhe-be ini merupakan port breakfast yang popular di Temerloh. Sekiranya korang datang ke sini, korang boleh cuba menu bestseller mereka iaitu Nasi lemak, Bihun goreng + paru, Roti Titab, Roti Bakar Kaya, Roti Kukus Kaya dan semestinya kopi istimewa mereka. Rata-rata pengunjung yang singgah memberi komen dan review yang memuaskan. Area parking mereka juga luas dan besar. Mudah untuk korang parking.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di BATU 6, Jalan Maran – Temerloh, Kampung Sungai Gau, 28000 Temerloh, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 017-919 8393.
INSTGARAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopirhebe/
3. LEMPENG BANGAU TANJUNG – SARAPAN
Anda peminat lempeng atau roti canai? Wajib singgah ke sini sekiranya anda datang ke Temerloh. Lempeng Bangau Tanjung ini terkenal dengan keenakan lempeng kelapa mereka. Disajikan pula dengan kuah kari kambing, Fuhhhh… memang terliur siapa yang tak datang ke sini. Selain lempeng dan roti canai, mereka ada juga menyajikan menu lain seperti nasi lemak, laksa, ubi kayu rebus, mee kari dan banyak lagi..
Ajaklah keluarga dan rakan-rakan anda datang ke sini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang best-best dan sedap.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 100, C119, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 010-533 7913.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/zihanlempengbangau/
4. SARANG NAGA 76 – SARAPAN
Sarang Naga 76 ini merupakan port sarapan di dalam ladang. Terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh mereka ini, antaranya ialah roti sarang yang merupakan menu signature dan bestseller mereka, nasi lemak bilis telur, nasi lemak kerang, patin sarang, roti canai dan banyak lagi. Servis dan layanan yang bagus dan cepat serta tempat duduk yang banyak. Anda tak perlu risau kalau datang lambat, pasti ada tempat duduk untuk anda.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Ketam, 28020 Temerloh, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 014-5072443 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/MiniZooSN76/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Temerloh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !