13 Tempat Makan Best Sarapan di Kota Bharu, Kelantan | Tidak lengkap kalau pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang jika tidak cuba pelbagai jenis makanan yang ada dekat sana. Selain terkenal dengan budaya tradisi, pantai yang indah dan lokasi shopping, Tanah Serendah Sekebun Bunga itu juga adalah ‘syurga makanan.’ Mungkin sebab faktor geografi yang terletak sempadan dengan Thailand, Kelantan ada banyak juadah menarik untuk korang cuba.

Sementara berehat di Kota Bharu sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Kota Bharu? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Kota Bharu yang anda harus cuba.

 

1. KOPITIAM KITA – SARAPAN

Kopitiam kita adalah port breakfast yang popular dekat Kota Bharu ni. Kedai ni sangat lah popular dan rata-rata pengunjung yang datang ke sini semua bagi komen dan review yang best dan baik je. Antara menu yang korang boleh dapat dekat sini adalah roti bakar kaya, roti titab, nasi kerabu, nasi dagang, laksa sarang, laksam, aneka kuih dan banyak lagi lah menu sarapan dekat sini.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 6.30 pagi sehingga 2.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-981 0888 atau boleh email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KopitiamKitaRotiTitab/

 

2. AYANG CAFE – SARAPAN

Tempat ini telah jadi pilihan utama para pengunjung dan orang setempat yang nak sarapan pagi. Apa yang unik kat sini ialah aneka hidagan sarapan khas korang boleh dapat kat sini dengan rasa yang autentik dan layanan yang ramah.

Menu bestseller kat sini adalah roti bakar telur goyang, roti titab, roti bakar kaya, roti strawberry, nasi dagang, akok, nasi kerabu, telur separuh masak, laksam dan banyak lagi lah. Korang wajib singgah sini kalau datang ke Kota Bharu.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 014-841 7889.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ayangcafe/

 

3. KEDAI KOPI WHITE HOUSE – SARAPAN

Kedai Kopi White House ini adalah port wajib breakfast untuk korang singgah. Pernah viral dulu dekat media sosial. Dekat sini aneka menu sarapan pagi korang boleh dapat. Antara yang ada ialah roti bakar kaya telur leleh, roti titab, roti bakar cheese, nasi tumpang, akok, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, pulut kuning dan banyak lagi. Harga pon murah dan berbaloi dengan makanan.

Plan nak datang tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di 1329-L, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  09-748 4119.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaikopiwhitehouse/

 

4. NASI LEMAK BERSINAR – SARAPAN

Korang yang mana datang ke Kota Bharu cari nasi lemak yang famous dan sedap boleh datang ke sini. Mereka hidangkan nasi lemak bersama sambal, telur mata, daging bakar dan ayam goreng berempah. Memang jadi pilihan utama pengunjung yang datang ke sini untuk order. Korang boleh ajak family atau kawan korang datang dan cuba nasi lemak mereka. Korang kena datang awal kalau taknak beratur.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  011-1903 9264.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasilemakbersinar.kb/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nlbrestaurant/

 

5. PC SARAPAE CAFE – SARAPAN

Ini adalah salah satu kedai breakfast yang popular jugak dekat Kota Bharu. Ramai pengunjung luar selalu singgah ke sini untuk sarapan. Mereka ada set breakfast, roti telur, roti canai, roti bakar kaya, roti titab, roti telur leleh dengan cheese, nasi dagang, laksam, laksa, keropok lekor dan pelbagai lagi. Staff kat sini pon semua ramah dan bagi layanan yang mesra. Parking pon mudah cari dan kawasan kedai mereka pon bersih dan selesa.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 812, D105, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:  011-2572 4285.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Kota Bharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply