13 Tempat Makan Malam Best di Changlun, Kedah | Changlun adalah sebuah bandar kecil di daerah Kubang Pasu, Kedah. Bandar ini berdekatan dengan sempadan Thailand yang menjadi titik transit bagi pelancong yang bergerak antara Malaysia dan Thailand. Walaupun bandar ini kecil tetapi siapa sangka bandar ini juga ada tempat makan yang menarik wajib untuk anda singgah.
Jadi kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best untuk anda makan malam di Changlun, Kedah.
1. KIN KIN – MAKAN MALAM
Kin Kin adalah restoran yang cukup popular disini dengan masakan Thai. Dekat sini mereka menyediakan banyak jenis makanan. Antaranya ialah Tomyam, Pad Kra Pao Tom Yam, Kerabu Sohoon Seafood, Nasi Goreng Seafood, Ayam Bakar Thai dan lain-lain. Bukan itu saja, korang boleh cuba daging bakar mereka yang merupakan signature di Kin Kin. Sedap…
Restoran ini terletak di Changlun – Kuala Perlis Hwy, Kampung Kubang Arang, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 10:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-11439815.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kinkinmy19/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kin.kinmy/
2. KAYU KITCHEN – MAKAN MALAM
Kayu kitchen adalah restoran berkonsepkan kayu yang cukup popular dikawasan ini. Dekat sini mereka menyediakan makanan Western dan goreng-goreng di waktu malam dengan suasana yang menarik sekali. Kalau korang singgah disini bolehlah cuba menu special mereka iaitu Chicken Chop, Nasi Daging Rusa, Nasi Daging Kambing, Char Keow Teow Sotong dan Air Larva. Pasti membuatkan anda terliur melihatnya.
Kayu kitchen ini terletak di 147 276, Changlun, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 5 petang hingga 1 pagi. Kalau ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-5805423.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kayukitchen/
3. MAMBO BISTRO – MAKAN MALAM
Mambo Bistro ini merupakan salah satu tempat makan malam yang bercirikan hispter. Disini mereka menyediakan pelbagai makanan Western seperti Lamb Chops, Grilled Chicken dan Tomahawk Steak pun ada tau. Harga amat berpatutan, portion yang banyak dan mempunyai tempat yang selesa dimana sesuai untuk seisi keluarga dan rakan anda berkumpul.
Lokasi Mambo Bistro ini di No212, Kampung Bendang Tok Leh, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka pada hari Rabu sehingga Isnin pada 5:30 petang sehingga 11:30 malam. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-551 4512
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mambobistro/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mambobistro/
4. LILY CAFE – MAKAN MALAM
Lily Cafe merupakan cafe yang menyajikan pelbagai hidangan Western. Antara menu yang terbaik korang patut cuba disini ialah Sweet Sesame Pasta dan Grilled Salmon. Selain itu, korang juga boleh cuba manisan di Lily Cafe ini seperti Double Choc Nutella Cake.
Lily cafe ini terletak di 140, Tingkat Bawah, Jalan Kempas 10, Taman Kempas, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka pada setiap hari pada 12 petang hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 04-9242828.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LilyCafeChanglun/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lily_cafe_changlun/
5. R&R SUP KAMBING GEARBOX RACING – MAKAN MALAM
R&R Sup Kambing Gearbox Racing adalah restoran yang popular dalam menghidangkan menu Local seperti Sup Kambing, Asam Pedas, Ikan Bakar dan banyak lagi. Kalau korang ada dekat sini, bolehlah cuba Sup Kambing Gear Box mereka. Pasti korang akan suka.
Lokasi kedai makan ini di Km5 Jalan Pauh, Mukim, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-10165336.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/RR-Sup-Kambing-100065447414693/
Sekarang ini, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Changlun ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Changlun, Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!