13 Tempat Makan Malam Best di Kuantan, Pahang | Kuantan, sebuah bandar raya dan juga ibu negeri bagi Pahang, Malaysia. Kuantan ini amatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelacong dalam ataupun luar. Oleh kerana itu, Kuantan juga mempunyai banyak tempat makan menarik yang perlu singgah.
Jadi kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang ada di Kuantan, Pahang
1. JAMAN TORY RESEPI – MAKAN MALAM
Kalau korang ada dekat Kuantan ini, korang wajib singgah makan disini. Jaman Tory Resepi adalah sebuah restoran popular yang menghidangkan masakan tempatan yang padu-padu. Dekat ini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis hidangan seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Nasi Goreng Ayam Kampung, Pais Ikan Bakar Pation, Gulai Ikan Patin, Ikan Patin Tempoyak dan banyak lagi. Portion dan harga yang ditawarkan disini sangatlah besar dan berbaloi untuk korang yang ingin makan bersama keluarga. Perkhidmatan disini juga sangatlah mantap. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika anda pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 019-9988212.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jamantoryresepi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/jaman_tory_resepi/
2. RESTORAN SATE ZUL – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan sate? Restoran Sate Zul adalah sebuah restoran popular dengan hidangan Satay. Kalau korang nak tahu, Satay disini sangatlah tender, tidak terlalu kering dan penuh dengan rasa rempah. Apa yang menarik lagi, kuah kacang disini sangatlah pekat, padu dan penuh dengan kacang. Korang pasti puas makan punyalah! Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di A-2600, Lorong Alor Akar, Kampung Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 4:30 petang hingga 12 tengah malam kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 9:12 malam. Jika ada anda pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 012-9334799.
BUSINESS PAGE: https://satezul.com/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/satezulofficial/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/satezul/
3. LEBAK CAFE – MAKAN MALAM
Korang dah jemu makan makanan Local? Korang boleh ke Lebak Cafe. Lebak Cafe adalah sebuah Pan-Asian restaurant yang terbaik di daerah Kuantan ini. Dekat sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis hidangan seperti Calamari Aglio Oglio, Deep Fried Chicken Chop, Spaghetti Carbonara, Grilled Chicken, Chicken Lemon, Fish & Chips dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah. Harga dan suasana disini sangatlah berbaloi untuk korang yang ingin makan malam yang berpatutan dan santai.
Lokasi ini di B56, Jln IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali 12 hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 09-5751139.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Lebak_my-100046589328043/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lebak_my
4. RIMBA BY LOFT – MAKAN MALAM
Korang nak makan makanan Western dengan suasana santai? Rimba By Loft adalah jawapannya. Rimba By Loft, sebuah western yang paling mantap di Kuantan ini. Restoran ini menerima sebanyak 4.1 bintang oleh 980 di Google. Korang pasti akan rambang mata sebab terdapat banyak jenis hidangan yang sedap. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Spaghetti Tom Yam Carbonara wirh Grilled Chicken, Burnt End Carbonara and MacNCheese Korean Sauce, Spaghetti Bolognese Pasta, Lamb Chops dan banyak lagi. Tempat ini sangatlah sesuai bagi ingin lepak bersama rakan-rakan atau seisi keluarga. Korang pasti akan puas hati punyalah! Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di A928, Lorong Seri Kuantan 4, Taman Teluk Sisik, 25050 Kuantan, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 4:30 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 012-3822811.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RimbaKuantan/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rimbabyloft/
5. NASI LEMAK SHAHPUTERA – MAKAN MALAM
Tiba-tiba korang craving nak makan Nasi Lemak tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, korang boleh ke Nasi Lemak Shahputera. Walaupun Nasi Lemak Shahputera ini kelihatan biasa tapi siapa sangka restoran ini sangatlah popular dengan hidangan Nasi Lemak. Dekat sini pelbagai hidangan samping yang korang boleh pilih. Dengan aroma Nasi Lemak yang memukau dan sambal yang tidak terlalu pedas dan masin. Bagi korang yang nak datang ke sini, korang kena cuba Nasi Lemak Ayam Goreng. Korang makan pasti nak lagi punya lah!
Lokasi Nasi Lemak Shahputera ini di No 8, Jalan IM3/1, Kawasan Perindustrian, Bandar Indera Mahkota, Kuantan 25200 dan dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 017-9641606.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasilemakshahputra/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Kuantan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuantan, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!