13 Tempat Makan Malam Best di Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan | Khalifah Media Networks -Labuan adalah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia yang berada di kawasan pantai barat Pulau Borneo. Pulau ini popular sebagai pusat pelabuhan. Bukan setakat itu sahaja, Labuan ini juga ada menawarkan beragam pilihan yang lazat terutamanya makanan laut yang segar. Kekayaan bahan makanan laut yang melimpah ini menjadikan ia sebagai salah satu daya tarikan disini.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh kunjung di Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan ini.
1. RED ONION – MAKAN MALAM
Anda inginkan makan malam fancy tapi harga mampu milik? Red Onion adalah tempatnya. Red Onion adalah salah satu restoran yang cukup popular dengan hidangan Western yang mengiurkan. Rata-rata pengunjung disini memberikan reaksi positif terhadap suasana yang cukup tenang dan selesa, perkhidmatan yang tiptop dan juga makanan yang lazat. Kalau anda ada disini, boleh cuba Ramb of Lamb, 18 Pizza, Crab Salad, Linguine Sizzling Seafood dan Lamb Pizza. Memang terbaiklah. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Red Onion ini di 87000 Labuan, Labuan Federal Territory dan dibuka setiap hari pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 087-412372.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RedOnionLabuan/
2. MAWILLA YACHT CLUB RESTAURANT – MAKAN MALAM
Mawilla bukanlah sebuah restoran yang asing lagi dalam kalangan penduduk setempat kerana ia amatlah popular dengan hidangan seafood yang segar. Kalau anda seorang Seafood lover, Mawilla Yacht Club ini sememangnya untuk anda. Dekat sini, bermacam macam jenis hidangan Seafood yang anda boleh dapatkan antaranya seperti Ketam, Udang, Ikan, Siput dan banyak lagi. Pasti anda akan kesedapan punyalah. Tak percaya? Bolehlah cuba dan rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di Jalan Tanjung Batu, 80696, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 9:30 malam kecuali Ahad dibuka pada 12 tengah hari. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 087-423888.
3. DEEP SEA RAFF RESTAURANT – MAKAN MALAM
Anda craving makanan laut dengan harga yang berpatutan di Labuan ini? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Deep Sea Raff Restaurant ini. Kalau nak tahu, Deep Sea Raff adalah salah sebuah restoran hidangan laut yang cukup lazat disini. Banyak makanan laut yang anda boleh dapatkan. Sememangnya segar dan puas apabila dimakan. Bukan setakat makanan laut sahaja dihidangkan, terdapat juga lauk seperti daging yang anda boleh cuba. Pasti anda akan suka punya lah kerana dagingnya sangat lah lembut dan senang untuk ditelan. Jadi, tempat ini amatlah sesuai untuk anda yang ingin makan secara beramai-ramai. Meman best! Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory dan dibuka setiap hari pada 7:45 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 087-421902.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/raffxdeepsearestaurant/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Wilayah Persekutuan Labuan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Labuan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!