13 Tempat Makan Malam Best di Lumut, Perak | Lumut, sebuah bandar yang bersetentangan dengan Pulau Pangkor. Bandar laut ini amatlah popular dengan tarikan pelancongan terutamanya melibatkan aktiviti laut. Oleh kerana bandar ini berdekatan dengan laut, Lumut ini popular dengan hidangan laut yang segar dan lazat.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Lumut, Perak yang anda boleh kunjungi.

 

1. GARDEN BEACH SEAFOOD – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di bandar Lumut ini, korang wajib singgah di Garden Beach Seafood. Restoran ini merupakan restoran yang popular dengan hidangan seafood yang pelbagai. Dekat sini korang terdapat banyak pilihan seafood untuk dimasak dan pilih jenis makanan yang korang suka. Yang pastinya segar, juicy dan sedap. Harga pun cukup murah. Iannya sesuai untuk seisi keluarga atau rakan-rakan berkumpul. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Sotong Goreng Tepung, Siakap 3 Rasa dan Tom Yam Campur.

Lokasi restoran seafood ini di A188, Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-818 5560

 

2. RESTORAN D’WARISAN – MAKAN MALAM

Inginkan makanan pelbagai pada waktu malam? Korang boleh singgah disini. Restoran D’Warisan adalah salah satu restoran yang popular dalam kalangan penduduk disini yang menghidangkan pelbagai jenis lauk dan masakan yang pastinya akan membuatkan korang rambang mata. Ayam Bakar, Ikan Bakar, Udang Galah Masak Sambal, Grilled Siakap antara menu yang korang boleh cuba. Korang pasti puas hati punya.

Lokasi restoran ini di 4240, Kg.teluk muruk, 32200 Lumut, Perak dan beroperasi pada setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam.  Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-5992919

WEBSITE PAGE: https://restoran-dwarisan.business.site/

 

3. SATE PADANG TEMBAK LUMUT – MAKAN MALAM

Kalau korang teringin nak makan Sate, korang kena cuba makan disini. Sate Padang Tembak Lumut merupakan salah satu destinasi yang popular dalam kalangan penduduk disini dan wajib korang singgah. Dikatakan sate disini mempunyai rasa juicy, saiz yang besar, kuah kacang yang banyak, pekat dan sedap. Rugi tau kalau korang tak cuba rasa keenakkannya.

Lokasi Sate Padang Tembak Lumut di 85, Jln Teluk Muruh, Kampung Padang Tembak, 32200 Lumut, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-253 4575

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SatePadangTembakJalanTelukMuruhLumutPerak/

 

4. MAME MEE UDANG – MAKAN MALAM

Kalau korang nak makan mee dengan udang yang segar, Mame Mee Udang adalah tempatnya. Mame Mee Udang menghidangkan mee udang yang sangat sedap. Yang pastinya sangat berbaloi dan puas kerana saiz mee dan udangnya cukup besar. Harganya pun cukup murah. Selain mee, mereka juga ada menghidangkan Nasi Goreng Udang, Mee Goreng Udang dan banyak lagi.

Lokasi Mame Mee Udang ini di Kampung Batu Tiga, 32200 Lumut, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 6 petang hingga 11:59 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-2641 1765

 

5. RESTORAN FAIZIY TOMYAM – MAKAN MALAM

Kalau korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Korang kena cuba singgah disini. Restoran Faiziy merupakan salah satu tempat makan malam yang best di Lumut. Makanan disini bukan sahaja lazat tetapi harganya pun cukup berpatutan dan perkhidmatan disini pun memang terbaik. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Kailan Ikan Masin, Ikan Siakap Lui Suan, Tomyam dan banyak lagi. Pasti korang akan puas hati punya.

Lokasi ini di 47, Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 1 petang hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-478 0021

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RESTORANFAIZIYTOMYAM/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/faiziytomyam/

 

6. RESTORAN NASI ULAM LUMUT ALA THAI – MAKAN MALAM

Kalau korang nak makan masakan Kampung dan masakan Thai pada masa yang sama? Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai adalah destinasinya. Dekat disini korang boleh terdapat pelbagai pilihan masakan kampung dan Thai. Hidangannya cukup sedap, perkhidmatan yang baik dan harga pun berpatutan. Restoran ini merupakan salah satu tempat para pelacong singgah sebelum ke Pulau Pangkor.

Lokasi restoran ini di Persiaran Sultan Yusuf Izzudin Shah, 32200 Lumut, Perak dan dibuka pada setiap hari 7:30 pagi hingga 2 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 05-683 2291

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-Ulam-Lumut-100063592512751/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat malam terbaik di daerah Lumut ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Lumut, Perak Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply