13 Tempat Makan Malam Best di Machang, Kelantan | Machang, salah satu daripada 10 daerah yang terdapat di negeri Kelantan. Bandar Machang adalah bandar utama di daerah Machang ni. Kalau korang nak tahu, bandar ini mempunyai tempat makan best yang masih ramai tak tahu.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang ada di Machang, Kelantan.
1. RESTORAN COLEK BINI – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Machang, korang wajib singgah di Restoran Colek Bini. Restoran ini adalah satu salah tempat makan yang best dan popular dalam kalangan penduduk disini. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih dan semestinya sedap dan murah. Antara menu yang menjadi pilihan disini ialah Colek, Set Talam Sembur Asap, Daging Bakar Danok, Tom Yum Seafood dan banyak lagi. Korang tak percaya? Cubalah bawa seisi keluarga korang makan disini. Mesti korang akan puas hati punyalah.
Lokasi restoran ini di Jalan Pasir Puteh – Machang – Jeli, Kampung Membunga, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengahari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-25733083.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kengsomthai/
2. MEE POK JEN KG JOH – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan Mee Kuah di Machang ni? Korang kena singgah di Mee Pok Jen Kg Joh. Restoran ini merupakan restoran yang terbaik dalam menghidangkan mee kuah yang paling padu disini. Korang pasti akan suka punyalah kerana portion, harga, perkhidmatan yang ditawarkan sememangnya banyak, murah dan friendly tau. Dekat sini bukan setakat Mee Kuah sahaja yang ada, pelbagai menu yang korang boleh pilih seperti Bihun Kuah Daging, Kuetiaw Kuah Special dan Prawn Noodle Soup. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Jalan Lalang Luas, Kampung Joh, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu pada 12:45 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9508070.
3. KAK MAH SATE 3 MACHANG – MAKAN MALAM
Nak makan satay tapi tak tahu dekat mana yg sedap? Korang boleh ke Kak Mah Sate 3 Machang ini. Restoran ini adalah restoran yang paling popular dekat Machang dengan hidangan satay yang padu. Tak percaya? Terdapat seramai 741 orang telahpun review dan rata-ratanya sangat menyukainya. Dikatakan satay disini sangatlah juicy, gravy, portion dan sedap dimakan bersama kuah kacang. Korang boleh cuba Satay Ayam disini. Pasti korang akan repeat punyalah.
Lokasi Kak Mah Satay 3 Machang ini di LOT 6482, BANGUNAN HAJI HALIM, LEBUHRAYA TANAH MERAH, KAMPUNG HUTAN KUING, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-37476233.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/satekelantan/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kakmahsate3machang/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Machang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Machang, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!