13 Tempat Makan Malam Best di Setiawangsa, Kuala Lumpur | Setiawangsa adalah sebuah daerah perumahan di Kuala Lumpur, Malaysia dan menonjol sebagai salah satu bandar yang berkembang pesat dengan berbagai infrastruktur seperti pusat membeli belah.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Setiawangsa, Kuala Lumpur ini.

 

1. CHEF LUQ CAFE (CLC) – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan Western tapi nak pedas-pedas? Korang boleh ke Chef Luq Cafe (CLC). Pasti korang akan suka punya kerana kepedasannya bukan biasa-biasa. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan yang korang boleh cuba seperti Spaghetti Carbonara, Spaghetti Carbonara, Mac and Cheese, Seafood Carbonara dan banyak lagi. Bagi korang nak cuba juga tapi taknak pedas, jangan risau. Dekat sini, ada ditunjukkan level-level kepedasan bagi yang tak boleh makan pedas. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Chef Luq Cafe ini di 16-G, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka pada 8 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-23360091.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@chefluqcafe

 

2. SOBER BITES SETIAWANGSA – MAKAN MALAM

Lapar tapi nak makan makanan simple je? Korang boleh singgah di Sober Bites Setiawangsa ini. Kalau korang nak tahu, Sober Bites Setiwangsa adalah salah satu gerai terbaik dalam menghidangkan Sosej yang padu. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam aneka Sosej. Yang pastinya memang terbaik! Antara menu yang ada disini ialah Chicken Sausage with Cheese, Streaky Beef dan banyak lagi. Korang pasti akan jatuh cinta dengan rasa keasliannya. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi ini di Back Door, 40g, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka pada 4 petang hingga 11:55 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 014-2612937.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@soberbites

 

3. RESTORAN SPOON STEAKHOUSE – MAKAN MALAM

Bosan makan makanan Local dan craving Western? Korang boleh ke Restoran Spoom Steakhouse ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis hidangan Western yang korang boleh dapatkan. Antaranya ialah Lamb Chops, Braised Lamb Shank, Creamy Chili Spaghetti, Fettuccine Carbonara, Spaghetti Carbonara dan banyak lagi. Pasti korang akan kesedapan punya lah. Dah lah sedap, harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau santai bersama rakan-rakan korang. Terbaik!

Lokasi restoran ini di 32, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 6 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-3050603.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Setiawangsa ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Setiawangsa ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply