13 Tempat Makan Malam Best di Sri Aman, Sarawak | Sri Aman adalah sebuah bandaraya di Sarawak, Malaydia. Bandar ini amatlah popular dengan keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian entnik budaya. Bukan itu saja, bandar ini juga menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi terutamanya tempat makan best.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Sri Aman, Sarawak ini.
1. YITERY (SRI AMAN) CAFE & RESTAURANT – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Sri Aman, korang wajib singgah di Yitery Cafe & Restaurant ini. Yitery ini adalah salah satu tempat makan malam best dalam kalangan penduduk disini. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis hidangan yang korang dapatkan. Antaranya Fish and Chips, Chicken Chop, Nasi Lemak Ayam Goreng, Spaghetti dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya kerana harganya sangatlah berbaloi dengan saiz portion. Semestinya kenyang. Bukan setakat itu saja, tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang suka berootd kerana hiasannya dalaman sungguh cantik dan sungguh menenangkan. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Yitery ini di Lot 1660 Block 2 Simanggang Town District Jalan Club, Jalan Astana, 95000 Simanggang, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-2289377.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/yigardensarikei/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/yitery_cafe_restaurant/
2. UNIHAUS WESTERN & CAFE – MAKAN MALAM
Korang penggemar makanan Western? Korang boleh ke Unihaus Western & Cafe. Untuk pengetahuan korang, Unihaus Western & Cafe ini adalah port yang best untuk makan malam. Korang boleh dapatkan bermacam macam jenis hidangan Western disini. Antaranya ialah Mix Platter, Korean vs Western Set, Chicken Cheeseburger with Fries dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya tambah tambah lagi buat big eater. Memang kenyang lah orang kata. Bukan setakat tu saja, harga yang ditawarkan pun sangatlah mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di 5, Jln Kampung Baru, Kampung Hilir, 95000 Simanggang, Sarawak dan dibuka setiap hari 4 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-14055900.
3. BENAK SENSATION – MAKAN MALAM
Bagi korang yang inginkan makan malam dengan suasana yang menenangkan, korang boleh ke Benak Sensation ini. Walaupun restoran ini kelihatan biasa pada awalnya tapi siapa sangka, restoran ini sebenarnya luar biasa. Dekat sini korang boleh dapatkan bermacam macam jenis hidangan yang korang suka. Antaranya Nasi Goreng, Nasi Ayam Buttermilk, Wafer, Chicken Chop dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang nak makan bersama kawan-kawan.
Lokasi restoran ini di Lot 869 Block 2, Simanggang Town District, Jln Club, 95000 Simanggang, Sarawak dan dibuka setiap hari. Khamis hingga Selasa pada 11 pagi hingga 10 malam dan Rabu pada 4 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 083-320961.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/benaksensation/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Sri Aman ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sri Aman ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!