13 Tempat Makan Malam di Hulu Terengganu | Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu adalah sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu ini. Namun begitu, daerah ini mula popular selepas adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia ini amat popular sebagai destinasi pelancongan.

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang ada di Hulu Terengganu ini.

 

1. WARONG TOMYAM IKAN 4S – MAKAN MALAM

Korang craving makanan Thai pada waktu malam? Jangan risau, korang boleh ke Warong Tomyam Ikan 4s. Untuk pengetahuan korang, restoran ini adalah antara restoran terbaik dalam menghidangkan makanan Thai. Rasa makanan tu akan membuatkan korang seolah berada di Thailand walaupun hanya di Hulu Terengganu. Serius tak tipu. Hampir kesemua pelanggan disini sangat berpuas hati dengan masakan disini. Bukan saja sedap tapi harga, suasana dan perkhidmatan memang tiptop. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri. Selamat mencuba.

Lokasi Warong Tomyam Ikan 4S di Kampung Batu 23 sebelah hospital, 21700, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 7 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:013-9814860.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TomyamIkanFourS/

 

2. COMBI GRILL – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan Western tapi tak tahu dekat mana yang best? Combi Grill adalah jawapannya. Combi Grill adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Western yang padu. Restoran ini mendapat rating 4.3 di Google. Memang mantap, kan? Dekat sini, pelbagai jenis hidangan korang boleh pilih seperti Chicken Chop Cabonara Sauce, Chicken Chop Fried Rice, Lamb Chop, Steak dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya. Jadi tunggu apalagi, selamat mencuba!

Lokasi Combi Grill ini di No1GB Kedai 3 tingkat Padang, Jalan Astaka, 21700 Kuala Berang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  014-7111005.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/CoMbi-Grill-100042599484893/

 

3. D’PAYANG KITCHEN – MAKAN MALAM

Walaupun restoran ini kelihatan biasa tapi siapa sangka, restoran ini termasuk dalam senarai tempat makan yang best. Kalau korang nak tahu, restoran ini menghidangkan 2 jenis masakan iaitu Thai dan Western. Sememangnya memang sedap dan padu. Bukan setakat je sedap, harga dan portion pun sangatlah memuaskan dan berbaloi. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau kawan, nilah tempatnya. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan punya.

Lokasi restoran ini di 517-B-jalan bukit tok bat kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada 4 hingga 11:30 malam. Jika anda ingin menempah, boleh hubungi di: 012-8063075. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/DPayang-Kitchen-100063544270127/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dpayangkitchen/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Hulu Terengganu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Hulu Terengganu, Terengganu. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply