13 Tempat Makan Malam di Tanah Merah, Kelantan | Tanah Merah adalah satu daripada 10 jajahan pentadbiran di negeri Kelantan. Tanah Merah ini amatlah dikenali sebagai bandar kedua Kelantan selepas Kota Bharu dan terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas ke Tumpat. Oleh kerana bandar ini mempunyai Sungai Kelantan, bandar ini amatlah popular dengan sektor pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang ada di Tanah Merah, Kelantan.

 

1. SELERA TEPI SUNGAI – MAKAN MALAM

Inginkan masakan Melayu dengan suasana yang selesa? Selera Tepi Sungai adalah jawapan untuk korang. Dekat sini, terdapat banyak jenis masakan Melayu yang korang boleh dapati seperti Laksam, Nasi Berlauk, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng USA dan banyak lagi. Korang pasti akan rambang mata punyalah. Bukan setakat tu je, korang akan puas hati kerana Selera Tepi Sungai menawarkan perkhidmatan yang baik dan juga suasana yang selesa. Jadi, restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga yang ingin makan bersama. Selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 09-9558966.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/seleratepisungaiTM/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/seleratepisungai/

 

2. IKAN BAKAR SAMUPERAI SELERA BINTANG – MAKAN MALAM

Teringin nak makan makanan Thai dan Ikan Bakar tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh cuba makan di Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang. Dikatakan Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang ini adalah antara restoran Thai yang paling padu di Tanah Merah dengan catatan 4.4 bintang di Google. Dekat sini, mereka menghidangkan makanan Thai dan Ikan Bakar yang pasti akan membuatkan korang jatuh cinta pada percubaan pertama dengan rasanya. Tak percaya? Cubalah datang dan rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran di No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan dan dibuka pada setiap hari, 2 petang hingga 12 tengah malam kecuali Jumaat dibuka pada 3 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-9060012.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Ikan-bakar-samuperai-selera-bintang-100079084496531/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@ikanbakarsamuperai

 

3. PIZZA JANGOK MEK ANI – MAKAN MALAM

Korang teringin nak makan pizza pada waktu malam? Korang kena singgah ke Pizza Jangok Mek Ani. Kalau korang nak tahu, Pizza Jangok Mek Ani menawarkan pelbagai jenis topping yang pasti membuatkan korang meleleh melihatnya. Bukan setakat tu je, portion dan harga pun cukup membuatkan korang kekenyangan dan sangatlah mampu milik. Kalau korang datang kesini, korang boleh cuba Pizza Tora Ayam. Pasti menjilat jari!

Lokasi ini di kampung chedok, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 12 tengahari hingga 1o malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5484208. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pizzajangokmekani/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pizzajangok/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Tanah Merah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tanah Merah, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply