Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Bachok Kelantan | Bachok adalah daerah yang terkenal dengan perkampungan nelayan dan majoriti sumber ekonominya berasaskan pertanian. Asal usul Bachok diambil dari istilah Siam iaitu “Ban” membawa maksud kampung dan “Chak” membawa maksud pokok nipah.

Untuk pengetahuan anda, Bachok juga digelar sebagai bandar pelancongan Islam. Ia menempatkan banyak tempat percutian dengan view menarik yang membuatkan anda terpesona. Bukan itu sahaja, malah ada juga banyak tempat yang menarik untuk anda lawati jika datang ke sini.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Pantai Irama Bachok

Negeri Kelantan sememangnya miliki keindahan pantai yang cukup terbaik. Termasuklah Pantai Irama Bachok di Kelantan yang menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang. Terdapat banyak kemudahan yang ada di pantai cantik ini seperti gerai makanan dan banyak lagi.

2. Istana Bunian Bachok Kelantan

Dengar sahaja nama Istana Bunian, pasti rasa seram terbayang di fikiran bukan? Menurut pemilik istana ini ‘Istana’ membawa maksud besar dan cantik malah ‘Bunian’ membawa maksud kehalusan seni ukiran bangunan ini. Tetapi lihat lah seni rekaannya cukup halus sekali. Mana tidak nya, pemiliknya juga adalah seorang tukang rumah yang cukup teliti.

3. Pasar Jelawat Bachok Kelantan

Jika di Kota Bharu ada Pasar Besar Siti Khadijah, di Bachok pula ada Pasar Besar Siti Aishah. Turut dikenali sebagai Pasar Jelawat Bachok menempatkan banyak barang keperluan asas penduduk setempat dengan harga berpatutan. Anda juga boleh merasai makanan tradisi orang Kelantan di pasar pagi ini.

4. Kemayang Lagoon

Kemayang Lagoon (Pantai Kemayang) memberi keindahan pantai yang cukup mempesonakan. Ia punyai pemecah ombak buatan yang diperbuat dari batu yang disusun hingga ke tengah – tengah lautan. Jadi anda boleh jalan di atas batu – batuan hingga ke hujung bagi nikmati lagi keindahan ciptaan Tuhan ini.

5. Villa Daniala Beach Resort

Disebabkan kebanyakan pusat peranginan di Bachok menghadap Laut China Selatan, jadi ada juga senarai resort di Bachok Kelantan yang disediakan. Antaranya Villa Daniala Beach Resort menyediakan tempat untuk bermalam menghadap pantai dan miliki Infinity pool.

6. Sudara Beach Resort

Mencari tempat penginapan yang boleh melakukan aktiviti laut? Sudara Beach Resort adalah berhampiran dengan Pulau Saji dan Pulau Susu Dara (Pulau SUDARA). Resort ini menawarkan bilik mengikut cita rasa anda iaitu pemandangan kolam renang, taman bunga dan laut.

7. Wat Phothikyan Phutthaktham

Meskipun Bachok dikenali sebagai bandar pelancongan Islam, namun masih wujud toleransi agama dengan adanya kuil Buddha. Wat Phothikyan Phutthaktham adalah kuil naga yang terkenal dalam kalangan penganut agama Buddha bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

8. Permai Chalet Melawi

Anda mencari chalet murah di Bachok Kelantan atau dekat dengan Pantai Melawi? Permai Chalet Melawi atau Permai Beach Resort adalah tempat yang anda cari! Di sini juga punyai kemudahan seperti bbq, gelanggang bola tampar pantai, gerai jualan, kolam renang dan atv. 

9. Pantai Tapang Kubang Golok

Selain Pantai Irama Bachok di Kelantan, pantai ini adalah tarikan terbaharu di Bachok yang baru saja dibuka awal tahun ini. Disebabkan kawasan ini adalah tanah persendirian dengan bayaran yang dikenakan apabila pengunjung bertandang ke sini. Pantai Tapang Kubang Golok boleh anda lawati pada bila – bila masa namun pada waktu malam lebih terserlah keindahannya.

10. Pantai Senok

Bagi anda peminat fanatik kdrama pasti nya anda perasan Pantai Senok ini seolah – olah di mana ya? Ia mirip seakan – akan Pulau Nami di Korea yang pernah menjadi lokasi filem “Winter Sonata”. Pantai ini diseri lagi dengan ribuan pokok rhu yang begitu indah sekali. Bolehlah anda bergambar di lokasi popular ootd ini.

11. D’Aur Beach Resort

D’Aur Beach Resort nama sahaja resort tetapi ia adalah tempat rekreasi di pesisiran pantai yang menarik untuk ootd. Untuk masuk ke sini anda perlu membayar RM 5 bagi 1 keluarga atau 1 kenderaan. Pelbagai aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti berkelah, family day, atv dan banyak lagi.

12. Inspirasi Kampung Aril

Pernah dengar tempat menarik di Bachok Kelantan iaitu ‘Inspirasi Kampung Aril’? Jika ya dan tidak jawapan anda, ini adalah hidden gems di Kelantan tau! Ia miliki suasana yang cukup indah dihiasi hiasan pada jambatan dengan view bukit dan sawah padi.

13. Restoran Fizow Kitchen

Menawarkan menu dengan konsep western food jadikan Restoran Fizow Kitchen terkenal di daerah Bachok. Nikmati keenakan menu laku keras di tempat ini iaitu “Shell-out Janda Pulang”. Malah menu ayam seperti chicken chop /grill /korean /chezzy adalah menu yang wajib anda cuba!

 

Sampai sini sahaja senarai tempat menarik di Bachok. Jajahan Bachok amat terkenal dengan pantai – pantai mereka seperti Pantai Irama, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Kandis. Keputihan warna pasir pantainya pasti memberi kedamaian kepada para pengunjung. Dijamin anda akan berpuas hati. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply