13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Jelebu Negeri Sembilan | Alami keunikan alam di tempat menarik Jelebu, Negeri Sembilan. Jelebu berada di bahagian utara Negeri Sembilan serta dalam kawasan tanah tinggi. Negeri Sembilan juga terkenal dengan adat perpatih yang unik, yang mempengaruhi loghat bahasa dan makanan mereka.
Daerah Jelebu, negeri Sembilan ini punyai beberapa tarikan menarik seperti air terjun Jeram Toi Jelebu, Lata Kijang dan pemandangan alam yang menakjubkan. Anda juga dapat rasai kehidupan masyarakat yang memegang erat warisan budaya meraka. Jika anda ada masa cuti, eloklah datang ke tempat menarik di Jelebu, Negeri Sembilan!
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Laman Padi Kampung Gagu
Jika anda ingin melihat rumah – rumah kayu dengan reka bentuk Minangkabau, datang lah ke ke Laman Padi Kampung Cagu. Pemandangan kampung ini sungguh indah dengan latar belakang bukit – bukau, hamparan sawah padi yang menghijau, serta kawasan kebun getah dan dusun yang memukau.
2. Gua Pelangi
Lokasi seterusnya bagi anda yang gemar aktiviti lasak di Jelebu ialah Gua Pelangi dan Bukit Batu Dinding. Menariknya, ada juga kawasan Kajian Arkeologi dengan penemuan menarik yang boleh dilihat di sini, selain dari keindahan alam semula jadi. Jika anda minat untuk ikuti aktiviti seperti menjelajah gua, memanah, berkhemah, flying fox, sila hubungi Azliny di nombor 011 – 1884 5936.
3. Bukit Batu Dinding
Jika anda seorang yang suka cabaran, cuba hiking di Bukit Batu Dinding. Bukit Batu Dinding miliki ketinggian 428m. Biasanya, masa yang diambil untuk lepasi trek ini adalah kurang dari 2 jam. Di puncak gunung ini, anda akan dapat melihat keindahan matahari terbenam dan matahari terbit!
4. Bukit Batu Sawa
Jika anda mencari pengalaman hiking yang santai atau ingin mulakan hobi hiking, kunjungi Bukit Batu Sawa. Bukit ini tergolong dalam kategori trail mudah yang sesuai untuk pemula. Laluan hiking ini tidak terlalu jauh, hanya kira – kira 1.3 km sahaja. Tapi, jangan terkejut kerana pemandangan di puncak sangat menakjubkan.
5. Bukit Batu Beras
Seterusnya, kami ingin mengesyorkan kawasan hiking yang sesuai untuk pemula dan mereka yang ingin hiking santai bersama keluarga, iaitu di Bukit Batu Beras yang berada di Simpang Durian. Trail di sini sangat mudah dan menjadi pilihan ramai penggemar hiking. Jaraknya juga tidak begitu jauh, hanya sekitar 1.5 kilome sahaja.
6. Titi Eco Farm
Titi Eco Farm sebenarnya adalah sebuah ladang organik yang meliputi kawasan lebih kurang 40 ekar dan berada di Kampung Titi, Jelebu. Ia adalah salah satu tempat menarik di Jelebu yang memberi pengalaman percutian dalam ladang, atau lebih dikenali sebagai “Farmcation”. Pengalaman ini benar – benar unik dan berbeza dari percutian biasa. Cubalah datang di Titi Eco Farm Resort!
7. Taman Negeri Kenaboi
Taman Negeri Kenaboi berada di dalam Hutan Simpan Kenaboi, 100 km dari bandar Seremban atau 63 km dari Kuala Klawang melalui jalan raya Kuala Klawang-Seremban. Apa yang berbeza di lokasi ini adalah air terjun yang mengalir dari Sungai Kering, anak Sungai Kenaboi, yang dikaitkan dengan legenda rusa yang cedera dan terjatuh ke dalam air terjun.
8. Lata Dinding
Selepas hiking Gunung Besar Hantu, kalau sempat korang singgah lah ke Lata Dinding yang juga dikenali sebagai Jeram Cermin atau Jeram Dinding. Kalau nak terus hiking ke Lata Dinding pun boleh, jarak lebih kurang 10km sahaja. Lata Dinding ini berada di Negeri Sembilan dan dikelilingi oleh kehijauan semula jadi serta banyak jenis tumbuhan seperti orkid liar, herba, paku – pakis, dan pokok – pokok palma.
9. Lata Kijang
Lata Kijang, air terjun tertinggi di Negeri Sembilan, adalah lokasi yang wajib dikunjungi bagi pecinta alam dan pengembara sejati. Dengan ketinggian mencapai 93 meter, air terjun ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Selain seronok tengok air terjun cantik, korang boleh explore hutan sekitar, berkhemah, berkelah, dan jumpa flora serta fauna yang unik.
10. Jeram Gajah
Namanya Jeram Gajah, tetapi jangan risau, di sini tidak ada gajah sebenarnya. Itu hanya salah satu nama tempatnya. Menariknya di sini, anda dapat lakukan aktiviti hiking dan selepas itu, anda boleh mandi di Jeram Gajah. Pengalaman ini pasti akan memberi kegembiraan dan kepuasan kepada anda, sambil memberi kesegaran kepada badan.
11. Air terjun Jeram Toi Jelebu
Jeram Toi adalah salah satu lokasi menarik di Jelebu yang sering dikunjungi oleh ramai orang, lebih lebih lagi pada hujung minggu. Terletak sekitar 28km dari bandar Seremban dan 12km dari pekan Jelebu, Jeram Toi adalah sebahagian dari kawasan Hutan Simpan Berembun yang indah.
12. Durian Valley Outdoors
Durian Valley Outdoors Villa di Jelebu adalah tempat yang paling bagus untuk menghabiskan masa bersama orang tersayang! Villa ini menawarkan penginapan selesa dengan bilik – bilik berhawa dingin di Kuala Kelawang, dengan teres peribadi, bilik mandi selesa dan tempat letak kereta persendirian percuma.
13. Glamping @ Kongkoi
Terdapat 10 buah ‘handcraft chalet’ yang memberi pengalaman tidur yang unik kepada para pengunjung dengan unsur – unsur alam semula jadi, cipta suasana yang istimewa. Selain itu, ada juga sebuah rumah tamu yang lengkap dengan tempat makan, dapur, dan anjung untuk berehat, memberi keselesaan seumpama di rumah sendiri.