13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Klang Selangor | Daerah Klang adalah satu kawasan yang sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan juga boleh dikatakan kawasan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kalau anda ke sini jangan lupa untuk ke beberapa tempat menarik di Klang yang boleh anda lawati baik untuk cuti panjang mahupun cuti hujung minggu sahaja.
Seperti juga Kuala Kangsar di Perak, Klang juga dikenali sebagai sebuah bandar diraja dan tagline yang cukup sinonim di sini ialah Klang Indah dan Permai. Semoga lokasi di bawah ini membuka mata anda apa yang menarik boleh didapati kalau makan angin di Klang, Selangor kelak.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Masjid DiRaja Sultan Suleiman
Masjid yang dibina pada tahun 1932 ini pernah menjadi masjid besar bagi negeri Selangor sebelum terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berada di Shah Alam. Terdapat salah satu makam diraja Klang di perkarangan masjid ini.
2. Tanjung Harapan
Anda nak cari tempat tengok sunset terbaik di Klang? Datanglah ke Tanjung Harapan. Kawasan rekreasi ini terkenal sebagai port untuk lepak dan bersantai di petang hari. Anda juga boleh melihat bot-bot dagang melintasi kawasan pantai area Klang ini.
3. Taman Pengkalan Batu
Taman Pangkalan Batu yang seluas 5.2 ekar antara taman yang cantik di Klang. Tempat ini lengkap dengan gazebo, kolam kecil, laluan pejalan kaki yang selesa dan landskap hijau yang sangat menenangkan. Pengantin juga boleh mengambil gambar perkahwinan mereka.
4. Pulau Ketam
Pulau Ketam mungkin jarang anda dengari tapi pulau ini merupakan antara hidden gems di Klang. Telah wujud sejak tahun 1880 lagi, penduduk di pulau yang dilitupi hutan bukau ini dihuni oleh penduduk bermajoriti cina muslim. Anda boleh menyewa basikal dan bersiar-siar di kawasan kampung yang unik ini.
5. Tanjung Harapan
Tempat untuk anda menghirup udara segar sambil menikmati bayu laut yang mendamaikan. Matahari terbenam di sini sangat cantik. Ada juga banyak kedai makan yang sedap lebih – lebih lagi makanan laut dan ikan bakar. Buat kaki pancing, di sini adalah port yang sangat best untuk memancing.
6. Pantai Acheh, Pulau Indah
Walau pun kedudukannya agak jauh, namun pantainya sangat cantik dan memukau. Sesuai untuk anda sekeluarga berkelah, mandi laut, dan berkhemah. Ada juga aktiviti parasailing yang boleh anda cuba. Bagi kaki pancing, pantai ini adalah post memancing yang best.
7. Port Klang Cruise Centre
Port Klang Cruise Centre atau juga dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal adalah terminal berlepas yang canggih dan terminal yang bersambung terus dengan cruise. Di sini anda berpeluang untuk melihat kapal cruise yang mewah. Tak dapat naik, dapat tengok pun jadilah.
8. Laguna Park Pulau Indah
Kalau anda kaki pancing memang wajib lah untuk datang ke Laguna Park di Pulau Indah sebab tempatnya memang mesra pemancing. Di kawasan tempat menarik Klang ini disediakan jeti dan pondok kecil jadi kalau hujan bolehlah berteduh.
9. Little India Klang
Little India sudah semestinya wujud di kawasan berbilang kaum. Lokasi ini tidak kurang meriahnya seperti di Kuala Lumpur. Seperti biasa jika anda ingin mencari barangan atau cenderahati budaya India seperti kalung bunga, sari, dan sebagainya memang inilah lokasinya.
10. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Lokasi Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ini adalah galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi barangan kesultanan Selangor baju persalinan diraja, replika pedang negeri, keris dan mahkota berlian. Galeri yang unik ini berlokasi di sebuah bangunan colonial bernama Bangunan Sultan Sulaiman.
11. GM Klang Wholesale City
Kalau orang Klang mestilah tahu tentang Wisma GM Klang Wholesale City yang menjual barangan dengan harga borong dan murah. Selalunya lokasi ini terkenal dalam kalangan peniaga kecil untuk mencari barangan untuk dijual sebab kalau beli barang secara pukal disini memang murah.
12. AEON Bukit Tinggi Klang
Terletak di Bandar Bukit Tinggi, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre adalah kompleks beli – belah utama di Klang. Berkeluasan 26 ekar, memang sangat luas, besar dan banyak jenis barangan serta servis yang tersedia. Terdapat juga cinema, tempat makan menarik serta ruang permainan untuk remaja dan kanak – kanak.
13. Riverine Splash Pulau Carey
Riverine Water Theme Park & Hotel adalah tarikan baru di Klang yang dibuka pada tahun ini. Tempat menarik Klang ini yang juga dikenali sebagai Riverine Splash Amverton Cove ini berada di resort Pulau Carey.
Itulah dia 13 tempat menarik di Klang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekarang anda pun dah tahu, rupanya ada banyak tempat menarik di Bandar Klang. Semuanya best best belaka. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com dahulu sebelum sampai.