13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Marang Terengganu | Daerah Marang juga bersempadan dengan Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu. Malah, Marang berfungsi sebagai pintu masuk ke Pulau Redang, Pulau Gemia, Pulau Kapas, dan pulau lain.

Jika sebut Terengganu, dua perkara yang akan terlintas di minda ialah nasi dagang dan pantai yang cantik, bukan? Tapi, di mana tempat – tempat menarik di Marang, salah satu lokasi popular di negeri Terengganu? tempat menarik di Marang yang paling top sudah tentu lah di Pulau Kapas dan Pulau Gemia yang punyai pesisiran pantai yang cantik dan pasir yang gebu

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Dataran Batu Putih

Dataran Batu Putih, tempat hangout terbaharu di Marang. Ianya berada antara Batangan Marang dan Kampung Gong Beris. Di sini, kelihatan bot berada di sepanjang sungai dan suasana sekitar yang sangat tenang. Tempat menarik ini lengkap dengan surau, tandas dan beberapa gerai dibuka pada hari biasa. Pada hujung minggu Dataran Batu Putih ini menjadi tumpuan pengunjung tempatan.

2. Pulau Kapas

Siapa pun pasti akan terpikat dengan kebiruan air lautnya, ikan yang warna warni dan kehidupan bawah lautnya yang cantik. Pasir pantai juga putih seperti kapas sesuai dengan namanya. Pulau kapas popular sebagai tempat percutian di Terengganu yang punyai aktiviti mandi laut, snorkeling dan scuba diving. Terletak tidak jauh dari bandar Marang dan anda perlu naik bot selama 30 minit untuk sampai ke sini.

3. Pinehill Garden

Bagi yang belum tahu Pinehill Garden berada di atas Bukit Kemas. Dari Kampung Kelulut, perjalanan dengan kereta yang ambil masa 10 minit. Apabila tiba di puncak bukit, anda boleh nikmati pemandangan menghijau di semua arah. Landskap yang sangat indah dan menarik dengan pokok anggur dan pokok pinn, turut cipta suasana seakan ‘mini England’.

4. Pulau Gemia

Nak tengok anak – anak penyu berenang? Bersebelahan Pulau Kapas ini miliki sebuah pulau kecil yang dipanggil Pulau Gemia. Jika anda lebih sukakan privasi atau honeymoon bersama orang tersayang, inilah tempat nya. Selain itu, ada juga resort cantik yang menghadap pantai. Aktiviti seperti snorkelling, scuba diving dan banyak lagi.

5. Pantai Peranginan Kelulut

Bersantai di tepi pantai Marang sambil makan keropok lekor dan ditemani hembusan bayu petang yang menyenangkan, pasti terasa indah bukan? Ditambah pula dengan cuaca Marang Terengganu yang sederhana. Kawasan Pantai Kelulut adalah pantai rekreasi yang popular dan dekat dengan Bandar Marang. Kawasan Pantai Kelulut adalah pantai rekreasi yang popular dan juga dekat dengan Bandar Marang kira – kira 3 hingga 5 minit perjalanan sahaja.

6. Benteng Pemecah Ombak

Oleh kerana kawasan ini dikelilingi laut lepas, kerajaan telah membina benteng ombak untuk tujuan keselamatan. Meskipun ia hanya berfungsi sebagai benteng ombak, keunikan binaannya yang terdiri dari batuan besar dan melengkung menjadi tempat pilihan pengunjung untuk bersantai petang. 

7. Pantai Pulau Kekabu

Tempat menarik ini dipanggil Pulau Kekabu walau pun sebenarnya ia sebuah muara. Selain berkelah dan bergambar, memancing di sini pun best kerana kawasan pantai yang tenang, tidak seperti lautan lepas. Jadi apa tunggu lagi? Ajak keluarga anda hujung minggu ini dan datang ke pantai Marang ini lebih lebih lagi mereka yang menetap di Marang.

8. Kraf Tangan Rotan

Kraf tangan buatan Malaysia yang masih menjadi kegemaran penggemarnya ialah kraft tangan berasaskan rotan. Bagi yang sukakan produk kraftangan sebegini, datang lah ke salah satu tempat menarik di Marang iaitu di sekitar Kampung Rusila dan Kampung Rhu Rendang.

9. Jeti Marang

Jeti utama untuk para pelancong menaiki bot ke Pulau Kapas. Tempat ini juga mempunyai pemandangan yang sangat menarik. Sambil menunggu bot ke Pulau Kapas, anda boleh singgah di medan selera bersebelahan yang menghadap muara Sungai Marang. Pemandangan di sini amat cantik, tau!

10. Marang Waterfront

Jika anda mencari tempat santai pada waktu petang bersama keluarga di sekitar Marang, anda boleh datang ke Marang Waterfront. Waterfront ini berada di muara Sungai Marang. Terdapat dataran dan taman permainan yang tentu akan membuat anak-anak teruja berkejaran.

11. Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Terletak 5 minit perjalanan dari Bandar Marang, terdapat sebuah taman rekreasi. Uniknya Taman Rekreasi Pulau Kerengga ini kerana ianya berada di antara sungai dan laut. Selain itu, tersedia taman permainan, pondok rehat, surau, jambatan, dan tandas. Lokasi ini juga dekat dengan pokok nipah dan mempunyai pemandangan sungai yang mendamaikan.

12. Kedai Keropok Lekor Marang

Nak makan keropok lekor yang sering dikunjung pelancong? Tak perlu susah payah ke Kampung Bukit Tok Beng atau Kampung Losong di Kuala Terengganu. Sebaliknya, anda boleh menemui banyak kedai yang menjualnya di sepanjang jalan pantai di Marang. Kedai yang paling popular di sini ialah Kedai Keropok Lekor 008 Kelulut.

13. Air Nira Kelulut & Dodol Palas

Air nira, adalah salah satu minuman yang berkhasiat kerana manis yang terhasil semula jadi bahkan menjadi minuman kegemaran masyarakat Terengganu. Jika belum pernah merasainya anda boleh mendapatkannya di sepanjang jalan Kg Kelulut dan Pulau Kerengga.

 

Pada waktu malam Bandar Marang tidak lah semeriah di bandar lain namun masih banyak tempat menarik yang pasti buatkan anda puas hati dan rasai suasana yang nyaman dan tenang ini. Jika anda ingin lari dari kesibukan kota, marilah datang ke Marang. Dijamin pasti anda akan sukai suasana di sini. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply