13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Seremban Negeri Sembilan | Negeri Sembilan adalah sebuah negara yang sangat unik dengan variasi lokasi menarik antaranya Port Dickson dan Seremban. Selain itu, Negeri Sembilan berada di pantai barat semenanjung Malaysia. Penduduknya berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia , yang telah menetap di Malaysia sejak abad ke-14.
Sedang rancang percutian ke Seremban, Negeri Sembilan tetapi masih buntu idea tentang tempat – tempat menarik yang ada di sana? Jangan risau, kami menulis senarai tempat – tempat terbaik yang boleh anda lawati di Seremban bersama keluarga, rakan – rakan dan juga insan tersayang.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Lorong Seni

2. Muzium Negeri Sembilan
Asyik berkunjung ke pusat beli – belah sahaja, singgah lah di Muzium Negeri Sembilan yang berada bersebelahan dengan lebuh raya PLUS ini pula. Bercirikan seni bina Minangkabau, bentuk bumbung muzium ini dilihat seperti “tanduk kerbau”. Di muzium ini, anda dapat melihat banyak artifak sejarah berkenaan Negeri Sembilan.
3. Hutan Lipur Ulu Bendul
Jika anda mencari tempat percutian yang menarik, datang lah ke Hutan Lipur Ulu Bendul, hanya 21 minit dari Seremban. Air terjun yang cantik dan suasana tempat yang juga sesuai untuk hujung minggu keluarga yang seronok. Kawasan ini luas dan lengkap dengan ruang solat, tempat mandi, bilik air dan juga kolam renang untuk kanak – kanak dan orang dewasa.
4. IJM Hillpark
Wah! Seremban pun ada dinosaur! Kanak-kanak pasti suka. Taman ini seluas 30 ekar dan 162m dari aras laut dengan banyak kemudahan seperti pondok berteduh, laluan berjalan kaki dan berjoging. Parking juga disedia, tapi anda perlu berjalan dan mendaki bukit untuk sampai ke puncak. Kanak-kanak juga akan seronok bermain flying fox, buaian, gelongsor dan banyak lagi.
5. Laman Basikal Seremban
Ini tempat terbaik untuk kanak – kanak berbasikal dengan selamat di Seremban. Keadaan sebenar dengan lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai runcit, dan perhentian bas. Anda boleh ajarkan anak – anak simbol dan peraturan jalan raya. Bawa anak – anak anda keluar untuk berseronok tanpa risau kesesakan. Sewa basikal atau bawa sendiri.
6. Taman Tasik Seremban
Kalau anda ingin nikmati aktiviti rekreasi air, anda boleh singgah ke Taman tasik Seremban. Selain dari berjogging dan bersantai, terdapat juga aktiviti air seperti mengayuh bot angsa, berbasikal air dan lain – lain lagi. Semua aktiviti ini lebih seronok apabila dibuat bersama keluarga dan sahabat handai.
7. Gunung Angsi
Anda minat aktiviti outdoor? Cuba mendaki Gunung Angsi yang setinggi 825 meter dan berada berdekatan dengan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Popular di kalangan pendaki Seremban kerana pemandangan di puncaknya sangat menenangkan. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat Gunung Berembun, Gunung Telapak Buruk, Gunung Datuk, dan Gunung Tampin.
8. Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan terletak di salah sebuah daerah Negeri Sembilan bernama Sendayan, yang berhampiran dengan Seremban. Menariknya lagi, masjid ini dikenali sebagai Taj Mahal Malaysia. Pengunjung pasti akan sangat kagum dengan seni bina Islam yang mengagumkan dan taman hijau yang subur. Mereka juga boleh bergambar di hadapan masjid yang cantik ini.
9. Galeri Diraja Tuanku Jaafar
Lokasi menarik seterusnya adalah Galeri Diraja Tuanku Jaafar, yang dibina untuk memperingati DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Beliau menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1967. Pengunjung boleh mengetahui biografi, latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada negeri dan Malaysia semasa hayatnya.
10. Jelita Ostrich Farm
Selain dari Pd Ostrich Farm, Jelita Ostrich Farm antara pilihan kedua terbaik untuk melihat unta yang comel di Negeri Sembilan. Tempat best ini sesuai untuk anda yang bercuti di Seremban bersama keluarga atau membawa anak kecil. Anak anda boleh menunggang burung unta dan berdiri di atas telur burung unta. Pengunjung juga boleh bergambar dengan unta dan haiwan lain seperti kambing, kuda dan rusa.
11. Hard Wood Café
Sudah puas jalan – jalan di Seremban, teringin pula nak makan masakan Negeri Sembilan, bukan? Di Hard Wood Café, anda boleh menikmati masakan kampung yang anda impikan. Ia menghidangkan masakan asli Minangkabau yang pasti memikat selera sesiapa sahaja yang makan. Di samping vibe kampung yang menggamit memori, anda boleh merasai masak lemak cili api.
12. The Dusun, Seremban
The Dusun adalah resort dalam hutan yang sempurna untuk Seremban retreat anda. Konsep penginapan dalam rumah – rumah dusun sangat menarik, memberi peluang untuk berkongsi masa berkualiti dengan yang tersayang. Terdapat fasiliti lengkap dan juga outdoor pool, taman permainan dan ruang BBQ peribadi untuk pengunjung.
13. The Shorea
Nak penginapan tenang di Seremban? Cubalah Seremban staycation di resort unik bernama The Shorea. Resort di negeri Sembilan ini juga ada kolam air terjun, kolam renang, dan dek bersantai yang cukup luas. Selain kemudahan biasa, The Shorea Seremban ini menawarkan sarapan pagi, tempat barbeku, katering dan dapur dalam setiap vila yang dilengkapi dengan bahan asas.
Jika anda berpeluang melancong ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat – tempat menarik di Seremban. Anda tidak perlu bercuti hingga ke luar negara untuk nikmati pengalaman di tempat baru, malah percutian ke luar negara memakan lebih banyak kos dan juga masa dari kehidupan anda. Selamat Bercuti!