15 Orang Maut Dalam Letupan Kem Tentera Mogadishu | Xinhua melaporkan bahawa seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di pintu masuk kem latihan tentera di bahagian selatan Mogadishu pada petang Sabtu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.

100 maut, 300 cedera dalam dua letupan di Somalia | Sinar Harian

Orang awam dan rekrut baharu adalah antara yang terkorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera, lapor portal berita Garowe pada Ahad memetik seorang pegawai tentera.

Menurut media tempatan lain, kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pasukan Tentera Kebangsaan Somalia yang disokong oleh militia pro-kerajaan membunuh lebih 100 militan Al-Shabaab pada petang Khamis semasa serangan di sebuah kampung di  wilayah Hiran di tengah Somalia.

Di Mogadishu minggu lepas, dua letupan bom kereta yang menyasarkan bangunan Kementerian Pendidikan Somalia, membunuh sekurang-kurangnya 100 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.

Al-Shabaab berjuang selama lebih sedekad untuk menjatuhkan kerajaan pusat Somalia bagi menubuhkan pemerintahannya sendiri.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply