18 Dikompaun Gagal Patuh SOP Pada Hari Pertama Sekatan Pergerakan Penuh

| June 1, 2021 | 0 Comments

18 Dikompaun Gagal Patuh SOP Pada Hari Pertama Sekatan Pergerakan Penuh | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak pernah berlaku di negara ini menyaksikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus lumus untuk memastikan semua rakyat negara ini mematuhi arahan yang dikuatkuasakan sejak hampir sebulan lalu.

18 Dikompaun Gagal Patuh SOP Pada Hari Pertama Sekatan Pergerakan Penuh

Bentong: Seramai 18 individu telah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang bermula semalam, dalam operasi pemantauan dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Pasukan Task Force, di sini, semalam.

Pasukan itu di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan penugasan pemantauan SOP di sekitar bandar Bentong, Lurah Bilut dan Karak.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil pemantauan, 18 kompaun dikenakan kepada orang ramai dengan pelbagai kesalahan melanggar SOP ditetapkan.

“Mereka yang dikompaun terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, semua warga tempatan berusia di antara 20 hingga 46 tahun, dan sekiranya disabitkan kesalahan akan dikenakan sebanyak RM1,500 sehingga RM5,000 bagi setiap kompaun.

“Kompaun dikeluarkan kepada mereka di bawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Zaiham berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas individu dan premis yang gagal serta tidak endah dengan SOP sudah ditetapkan oleh Majlis keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, negara semalam melaksanakan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu sebagai langkah melandaikan semua keluk penularan COVID-19 yang kembali melonjak sejak awal April lalu.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *