Misi Kemanusiaan PaIestln Berjalan Dengan Lancar, Ebit Lew Bakal Pulang Ke Malaysia | Seorang pendakwah dan aktivis terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew dilaporkan kini telah berjaya menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin seterusnya bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan bahawa misi kemanusiaan yang telah dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew serta delegasinya telah berjalan dengan lancar malah turut beliau turut memberi perkembangan ketika menjalankan misi tersebut.
Jelasnya, ketika Ustaz Ebit Lew menjalankan misi berkenaan, beliau sering berkomunkasi dengannya untuk memantau perkembangan misi berkenaan selain menyifatkan bahawa misi tersebut telah berjaya dan berjalan dengan lancar selain membantau untuk rakyat Malaysia mengetahui kejadian sebenar yang berlaku di sana.
Hishamuddin turut memberitahu bahawa berkemungkinan Ustaz Ebit Lew bersama delegasinya bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi selain turut dipantau dari dekat.
Segala maklumat berkenaan misi tersebut juga bakal dimaklumkan kepada khalayak umum tidak lama lagi selain misi tersebut akan dikongsi dari semasa ke semasa.
Hal ini telah disampaikan sendiri oleh Hishamuddin ketika satu sidang media secara atas talian menerusi Awani selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin yang juga memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai bantuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.
Jelasnya, gerakan yang dijalankan adalah ikhlas dan tidak ada kepentingan lain kerana usaha sebegini sudah tentu pihak Kementerian Luar Negeri tidak teragak-agak untuk terus memberikan bantuan.
Sebelum ini, media telah melaporkan bahawa Ebit Lew telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Sumber: Astro Awani