Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

2 Hari Tak Pulang Ke Rumah, Lelaki Ditemukan Mati Lemas Dalam Tali Air | Misteri kehilangan seorang Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam sejak dua hari lalu terungkai apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam tali air Parit 8 Barat, Sungai Besar semalam.

Mayat mangsa berusia 50 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlingkup di lokasi kejadian oleh rakannya pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan sejurus menerima maklumat daripada rakan mangsa berusia 50 tahun itu.

“Siasatan awal mendapati terdapat satu mayat dalam keadaan terlingkup berserta topi keledar bersebelahan dengannya.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati motosikal mangsa berada dalam tali air terbabit dengan jarak kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dijumpai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Agus Salim berkata, pihaknya meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar untuk mengeluarkan mayat mangsa dan motosikal miliknya dari tali air itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan.

“Berdasarkan keterangan rakan mangsa, dia bersama mangsa akan ke Klang bagi mengambil racun bagi tujuan kerja-kerja ‘fogging’.

“Pada jam 7 pagi semalam, pengadu sampai di Unit Vektor PKD Sabak Bernam dan mendapati mangsa belum sampai. Dia menunggu sehingga jam 8 pagi sebelum menghubungi keluarga mangsa. Bagaimanapun, keluarganya memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

“Pengadu kemudian memaklumkan perkara itu kepada penyelianya dan mereka bertindak mencari mangsa,” katanya.

Agus Salim berkata, rakan-rakan mangsa kemudian menjumpai topi keledar dipercayai milik mangsa dan ketika diperiksa, mereka mendapati ada mayat berdekatan topi keledar itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan diserahkan kepada Jabatan Forensik untuk bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply