Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pemeriksaan awal polis terhadap bangkai 20 kucing yang disyaki diracun di Pantai Bukit Keluang, di sini, semalam mendapati kesan lebam pada perut, terdapat darah pada mulut dan hidung serta ada perut yang sudah terburai.

20 Kucing Mati Semalam Di Besut, Polis Dan JPV Buka Siasatan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, 15 kucing mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.

“Pada jam 8.30 pagi semalam, seorang lelaki melihat beberapa ekor kucing mati dan bergelimpangan sekitar pantai.

“Dua ekor mati berdekatan persisiran pantai manakala 13 ekor kucing lagi mati di tanah berdekatan pokok,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rozak berkata, terdapat kesan lebam biru di perut, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.

“Bangkai kucing itu ditanam oleh lelaki terbabit namun pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu mengorek semula untuk siasatan lanjut,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri, Dr Anun Man berkata, pihak selesai mengambil sampel dari bangkai kucing untuk analisa kimia dan diagnostik.

Katanya, JPV melalui Penguat Kuasa Veterinar Negeri membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Menurutnya, kesalahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum sehingga tiga tahun penjara dan denda maksimum sehingga RM100,000.

Beliau berkata, orang awam disarankan membuat aduan kebajikan haiwan secara rasmi menerusi laman web MyAnimalWelfare di https://awa.dvs.gov.my/support.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply