Tiga beradik tergamak membakar kediaman keluarga kerana tidak puas hati isu pembahagian tanah. Kerana harta, manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh ahli keluarga sendiri.

Begitulah kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di Trung Hoa, wilayah Hung Yen, Vietnam di mana tiga beradik perempuan sanggup membakar rumah yang didiami mereka sekeluarga hanya kerana manu membunuh ibu mereka sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Oktober itu, tiga beradik perempuan berkenaan membawa satu tin petrol yang mengandungi kira-kira empat hingga lima liter untuk dituangkan ke lantai rumah ibu mereka sebelum menyalakan api.

Akibat tindakan agresif itu, ketiga-tiga suspek tersebut turut cedera sementara ibu mereka melecur di tangan dan rambut dikejarkan ke hopsital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan bahawa mangsa yang berusia 61 tahun mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki di mana semuanya sudah berkahwin.

Mangsa mempunyai beberapa bidang tanah di kampung tersebut tetapi ketiga-tiga perempuannya dikatakan tidak dapat menerima pembahagian harta masing-masing.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ketiga-tiga anak perempuannya sehingga sanggup bertindak sedemikian.

Susulan itu, pihak polis telah melakukan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply