3 Budak Lelaki M@ut Terjatuh Ke Tasik Ais | Tiga kanak-kanak lelaki berumur 8, 10 dan 11 tahun meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa kritikal selepas terjatuh ke dalam tasik yang membeku kerana ais berhampiran Birmingham.

POLIS melakukan pencarian di lokasi tiga kanak-kanak jatuh ke tasik ais. FOTO AP

Polis Barat Midlands dalam satu kenyataan bahawa tiga kanak-kanak lelaki meninggal dunia secara tragis selepas jatuh ke dalam tasik di Babbs Mill Park di Solihull, petang semalam.

Akibatnya, mangsa dilaporkan mengalami serangan jantung sebelum dikejarkan ke hospital.

Malangnya, mereka tidak dapat diselamatkan.

Mangsa keempat, berumur enam tahun, masih kritikal di hospital.

Kejadian itu ketika United Kingdom (UK) dilanda salji tebal sehingga menyebabkan gangguan perjalanan kereta api pada Selasa.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Lelaki Hampir Lemas Berenang Di Tasik Dayang Bunting, Pelik Badan Rasa Berat

Pasangan suami isteri yang pergi melancong ke Tasik Dayang Bunting di Langkawi Kedah baru-baru ini mengalami detik-detik mencemaskan apabila suami kepada Airin Natasha yang berusia 27 tahun hampir lemas di dalam tasik tersebut.

Melalui satu video yang tular di Tiktok, kelihatan suaminya sedang bergelut kerana hampir lemas namun tidak disedari orang sekeliling termasuk isteri mangsa yang tenang merakam situasi berkenaan.

“Saya memang tak pandai berenang, saya rendam kaki je dekat Tasik Dayang Bunting dan saya jadi tukang rakam percutian kami.”

“Suami saya yang turun mandi dengan kawan-kawan dia. Saya rakam dia mandi dari atas sambil mengejek dia  apabila dia berendam nampak macam memerang.”

” Mula-mula dia cuba berenang pergi dekat saya tapi tak sampai-sampai. Saya nampak dia tenggelam naik. Kakak ipar dekat sebelah terus jerit beritahu dia tengah lemas tu,” ceritanya ketika dihubungi.

Video yang dimuatnaik di laman Tiktok milik isteri telah mendapat tontonan sehingga 1.8 juta orang yang melihat kejadian itu.

@taca_fitri

Replying to @fatihimanfatih Tak shaking sbb sye pakai gimbal time record nie. Sis boleh search ape itu gimbal. Hehe Kebetulan tgh record sbb sye mmg 24 jam record keindahan alam. Sye mmg obses #tasikterseramdimalaysia #tasikdayangbuntinglangkawi🤰🏼 #langkawiisland

♬ original sound – Taca Natasha – Taca Natasha

Natasha mengakui dia terkejut kerana suaminya boleh dikatakan handal berenang setelah kerap bercuti ke pulau-pulau dan aktiviti rekreasi air sudah menjadi kebiasaan untuknya.

“Saya ingat dia main-main, saya tak sangka dia tengah lemas. Kakak ipar saya dah panik.”

“Saya terus tutup phone dan jerit minta tolong sebab tak ada siapa yang perasan walaupun dekat situ ramai orang.”

“Saya tengok suami dah tenggelam, nasib baik dekat tepi situ ada kawan dia. Mereka tarik dia bawa dia naik atas,” kata Natasha bersyukur suaminya selamat.

Dalam pada itu, Natasha sempat menceritakan semula keadaan suaminya ketika kejadian hampir lemas itu.

“Dia cakap badan dia rasa berat. Waktu dia berenang ke arah saya tu dia jadi semput nak kayuh dan rasa macam lambat nak sampai.”

“Nak jerit tolong pun tak boleh, Tak keluar perkataan tu.”

“Itu dalam video tu nampak dia tenggelam timbul cuba nak ambil nafas,” ujar Natasha.

Sebelum kejadian tersebut, Natasha memberitahu suaminya berdegil untuk tidak memakai jaket keselamatan kerana beranggapan ia “membosankan”.

“Suami saya cakap besar, buat apa nak pakai jaket keselamatan kalau pandai berenang. Saya suruh dia pakai juga tapi dia tak nak.”

“Dia tak terfikir yang air tawar dan air laut berbeza. Tasik Dayang bunting ini air tawar. Dia biasa pergi mandi dekat laut saja.”

“Mula-mula dia turun pakai jaket sebab takut tour guide marah tapi bila duduk dengan kawan, dia buka balik,” rungut Natasha dengan sikap suaminya.

Sebagai makluman, air laut masin mempunyai ketumpatan yang tinggi dan memudahkan seseorang itu untuk terapung berbanding air tawar yang berketumpatan rendah.

Selain tu, Natasha menyatakan Tasik Dayang Bunting mempunyai kedalaman air sebanyak 10 meter dan mereka yang mandi di situ tanpa jaket keselamatan perlu sentiasa mengayuh kaki untuk kekal terapung.

“Dasar di Tasik Dayang Bunting ni memang tak nampak terus. Orang dewasa kalau masuk kaki tak sampai. Gelap dekat bawah tu.”

“Saya baca komen netizen dekat video saya pun ramai cakap Tasik Dayang Bunting ni dah ada banyak mangsa lemas.

“Tempat itu macam ‘keras’. Suami saya pun cakap dia pelik macam mana boleh lemas sebab dia dah berenang dekat lombong sana sini tapi tak pernah jadi macam tu,” dakwa Natasha.

Serik dengan pengalaman yang dilalui, Natasha menasihatkan orang ramai untuk tidak bercakap besar ketika memasuki tempat baharu.

“Pergi Tasik Dayang Bunting tu hati-hati, Pakai life jacket dan mulut kena jaga sebab kita dekat kawasan terpencil.”

“Tempat yang kita tak biasa, jadi jaga tingkah laku kita dan ikut ja peraturan kat situ,” kata Natasha mengakhiri bicara.

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply