3 M@ut, 32 Cedera Dalam Kebakaran Hospital Di Mesir | Sekurang-kurangnya tiga maut dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Kaherah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir.
Kebakaran itu berlaku di Jabatan Radiologi Hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke lokasi kejadian, lapor Xinhua, memetik jurucakap kementerian Hossam Abdel-Ghaffar.
Beliau berkata bahawa ramai mangsa cedera akibat melecur, patah tulang atau sesak nafas dan kebanyakan mereka dihantar ke hospital berdekatan.
Sumber: Astro AwaniAstro Awani
Artikel Lain
(VIDEO) Seorang Lelaki Ditemui M@ut Akibat Rentung Dalam Kebakaran Di Flat
Polis masih belum mengenal pasti identiti lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah unit di sebuah flat di Bandar Damansara Perdana, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 9.12 malam tadi.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di tingkat 21, blok D, flat berkenaan yang membawa kepada penemuan mayat lelaki dalam keadaan tertiarap.
“Setakat ini, butiran penuh mangsa dianggarkan berusia 30-an itu masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, mayat mangsa terbakar kira-kira 40 peratus itu ditemukan berdekatan pintu rumah dan ketika kejadian, lelaki itu dipercayai cuba menyelamatkan diri.
“Pihak bomba berdepan kesukaran memadamkan kebakaran itu pada mulanya kerana masalah tekanan air rendah.
“Sebaik kebakaran berjaya dipadamkan, pemeriksaan dilakukan dan mendapati rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus,” katanya.
Beliau berkata, pihak forensik turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan dilakukan, terdapat dua sampel diambil untuk analisis iaitu cebisan baju dan kulit mayat.
“Hasil keterangan saksi kejadian memaklumkan terdengar bunyi letupan yang kuat dari rumah mangsa, serta bunyi kaca pecah sebelum mendapati berlaku kebakaran di kediaman itu.
“Saksi cuba mendapatkan bantuan tetapi gagal masuk ke rumah itu kerana api sudah marak,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
“Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Ahmad Sabran Abdullah di talian 010-5585040 bagi membantu siasatan,” katanya.
Seorang penghuni sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara, Petaling Jaya rentung selepas kediaman itu terbakar mlm tadi. pic.twitter.com/Y7ofIw1ywd
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 31, 2023
Sumber : Harian Metro
Video ‘Viral’ Bakar Mercun, Polis Buka Kertas Siasatan
Video ‘Viral’ Bakar Mercun, Polis Buka Kertas Siasatan | Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular kejadian pembakaran bunga api dan mercun secara besar-besaran di atas jalan raya dekat Simpang Pulai.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video berdurasi 13 minit 46 saat itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menarik perhatian umum kerana mendatangkan bahaya.
Beliau berkata bahawa siasatan awal dijalankan mendapati kejadian itu berlaku di Kampung Baru, Simpang Pulai sekitar jam 8 malam pada Isnin lepas.
Beliau juga berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) serta Seksyen 286 Kanun Keseksaan.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan harta benda orang awam.
Katanya, tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti berbahaya seumpama itu.
Melalui pengkongsian video berkenaan, orang ramai dilihat berkumpul menyaksikan aktiviti bermain mercun dan bunga api itu secara dekat.
Rata-rata warganet pula meluahkan rasa bimbang dengan situasi berkenaan kerana boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.
Sumber: Sinar Harian