3 m@ut, 4 cedera Dalam Insiden Tembakan Di Kedai Kopi | Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala empat lagi cedera apabila seorang lelaki berusia 57 tahun menyerbu masuk ke sebuah kedai kopi di utara Rom dan melepaskan tembakan pada Ahad.

Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi

Menurut laporan media, lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah pertikaian dengan beberapa ahli lembaga pengarah.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengesahkan bahawa seorang daripada mangsa ialah Nicoletta Golisano, rakannya.

Menurut hantaran Meloni di media sosial, beliau harap keadilan akan dilaksanakan.

Laporan media mendedahkan bahawa penembak yang tinggal di tingkat bawah tanah telah menghantar beberapa aduan terperinci mengenai lembaga kondominium itu.

Menurut catatan Meloni di media sosial, suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol sebaliknya, dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak.

Premis berkenaan telah ditutup dan siasatan sedang dijalankan.

Datuk Bandar Rom Roberto Gualtieri mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin selepas menyifatkan kejadian itu sebagai “episod keganasan yang teruk melanda bandar itu”.

Akses kepada senjata api dihadkan di Itali dan kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Berang Kena Halau, Lelaki Tembak M@ti Tiga Wanita

Berang Kena Halau, Lelaki Tembak M@ti Tiga Wanita | Seorang lelaki menembak mati tiga wanita dan mencederakan empat lagi di Itali, pada Ahad. Pemimpin berhaluan kanan di Itali, Giorgia Meloni mendedahkan dalam catatan Facebook (FB) lewat Ahad, salah seorang mangsa adalah rakan.

POLIS melakukan siasatan forensik di lokasi kejadian. FOTO EPA

Suspek penembak, Claudio Campi, 57, didakwa melepaskan tembakan ke arah pertemuan penduduk bangunan pangsapurinya di daerah utara Rom, menggunakan pistol Glock yang dicuri.

Dalam catatan di blognya pada bulan November, suspek menulis mengenai hubungan konfliknya dengan orang yang menguruskan bangunan itu, yang dituduh cuba memaksanya keluar dari penginapannya.

Daripada tiga wanita yang meninggal dunia akibat kecederaan, seorang daripadanya adalah Nicoletta Golisano, 50, ibu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, yang menghadiri mesyuarat itu sebagai bendahari.

Pembunuh itu sudah ditangkap.

Sumber: Harian Metro

 

Kes Tembak Depan Rumah, Isteri Didakwa Jadi Punca Utama

Kes Tembak Depan Rumah, Isteri Didakwa Jadi Punca Utama | Gara-gara dipercayai penipuan wang skim pelaburan dijalankan isterinya, seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, pagi tadi.

Mangsa berusia 46 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian leher akibat tembakan dilepaskan seorang suspek yang menaiki motosikal.

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang perempuan warga tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi memaklumkan suaminya ditembak di hadapan rumah mereka.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa hasil siasatan mendapati suspek disyaki adalah lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap semasa kejadian tersebut.

Kata beliau, suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan mengunakan dua pucuk pistol yang berlainan.

Tambah Hoong Fong, pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki
kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Beliau menyata lagi, punca kejadian disebabkan disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

Katanya, justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online terdahulu telah melaporkan seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply