13 Tempat Makan Best Seafood Di Kepala Batas, Pulau Pinang | Kepala Batas adalah sebuah bandar yang terletak di daerah seberang perai utara. Ia berada diantara Butterworth dan sungai petani. Selain itu bagi yang mencari port makan yang best yang ada di Kepala Batas, boleh lah datang ke sini. Ramai pelancong tempatan dan bahkan pelancong negeri lain datang untuk mencari port makanan yang padu yang ada di kepala batas.
Kepala Batas juga adalah salah satu daerah dikelilingi oleh pusat pusat pengajian di sini. Keliru nak makan di mana dan tak tahu dimana tempat tempat makan yang best yang ada di kepala batas ini? Berikut adalah senarai tempat makan yang best yang ada di Kepala Batas, Pulau Pinang.
1. ANJUNG IKAN BAKAR NORY – SEAFOOD
Tengah mencari tempat makan yang menyediakan hidangan bergoreng makanan laut? Di anjung ikan bakar nory ini lah tempat yang boleh anda cuba. Restoran ini mendapat rating yang agak tinggi di google dengan kebanyakkan ulasan memberi pujian terhadap masakan yang disediakan. Harga di sini juga murah.
Antara menu menu yang ada di sini ialah ikan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, udang celup tepung, ikan pari bakar, butter prawn, ikan goreng tepung, ikan steam limau, tomyam campur, dan banyak lagi, Restoran ini boleh dikatakan restoran yang menjadi pilihan ramai di kepala batas.
Lokasi ini di Lot 906F, Kampung Paya Keladi Hujung Kepala Batas Pulau Pinang, Kepala Batas, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu pada pukul 12.00 pagi hingga 12.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-239 1396
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/anjungikanbakarnory/
2. KAK CIK IKAN BAKAR – SEAFOOD
Peminat ikan bakar wajib cuba makan di restoran ini. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan kebanyakkan komen memuji masakan yang disediakan di sini. Harga di sini juga murah i untuk dicuba dan menu utama yang popular di sini semestinya ikan bakar yang ada di sini.
Antara makanan yang ada di sini ialah seperti ikan pari bakar, ikan keli bakar, nasi putih ikan bakar, sotong goreng tepung, gulai batang pisang, sotong bakar, siput belitong, ikan siakap, ikan bawal yang dibakar dan banyak lagi.
Lokasi ini di No 1 Lorong Amanputera 1 Taman AmanPutera 13200 Kepala Batas Pulau Pinang, Butterworth, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu pada pukul 10.00 pagi hingga 4 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-587 1469
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057227328951
3. RESTORAN PAK MAN IKAN BAKAR – SEAFOOD
Menyediakan pelbagai masakan selera kampung yang akan memenuhi cita rasa anda. Restoran ini adalah salah satu restoran yang sering dikunjungi oleh pengunjung tempatan untuk menikmati hidangan nasi berlauk di sini. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi dengan komen yang baik. Harga yang ditawarkan juga murah.
Antara menu yang ada di sini ialah termenung bakar, siakap bakar, kerang bakar, keli bakar, ikan keli berlado, sambal tempe dan banyak lagi hidangan masakan melayu yang ada di sini.
Lokasi ini di No 2,Bangunan koperasi,Persiaran 4/2 Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari pada pukul 9.00 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-900 9468
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063671225061
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kepala Batas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !