13 Tempat Makan Best Seafood Di Permatang Pauh, Pulau Pinang | Permatang Pauh adalah sebuah kawasan yang berada di seberang perai di Pulau Pinang. Permatang Pauh juga mempunyai beberapa tempat yang menarik yang boleh dilawati seperti tempat makan yang popular di daerah permatang pauh. Kebanyakkan restoran di sini memang menjadi salah satu pilihan ramai yang mencari makanan laut.
Teringin nak datang ke permatang pauh untuk mencari port makan yang best? Jangan pening pening lagi. Berikut adalah senarai restoran seafood yang best yang terdapat di permatang pauh pulau pinang.
1. CONTENA SEAFOOD & GRILL – SEAFOOD
Kalau nak tahu, Contena Seafood & Grill adalah sebuah menyediakan banyak variasi makanan laut yang patut dicuba bersama keluarga atau rakan anda. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan banyak maklum balas yang positif tentang layanan dan masakan di sini. Harga di sini juga murah.
Antara menu yang ada di sini ialah steamboat seafood, prawn calamari, aneka fishballs, tomyam soup, grill prawn with eggs, udang dan sotong grill, ketam dan banyak lagi. Bagi peminat makanan laut memang digalakkan untuk mencuba makanan di sini.
Lokasi ini di Jalan Teluk Air Tawar, Bagan Belat, 13100 Penaga, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 4.00 petang hingga 12.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:012-239 7095
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/contenasteamboat/
2. RESTORAN KAK SAL KELATE – SEAFOOD
Restoran ini menyediakan makanan cita rasa pantai timur yang berasaskan makanan laut dan darat. Harga disini juga murah. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan maklum balas pengunjung yang berpuas hati dengan hidang yang ada di sini.
Antara menu menu yang ada di sini ialah nasi dagang gulai ikan, nasi campur, nasi berlauk,aneka lauk pauk seperti udang, sotong, ketam, sup belut, tomyam seafood, makanan bergoreng, dan banyak lagi.
Lokasi ini di To’ kandu permatang pauh, Permatang Pauh, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-562 0002
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063904989442
3. LAKSA UDANG IRYANI PULAU PINANG – SEAFOOD
Peminat laksa sila kumpul sini. Restoran ini adalah salah satu restoran yang menyediakan hidangan laksa yang padu di pulau pinang ini. Restoran ini juga mempunyai rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan di sini. Harga disini juga murah.
Suasanayang berada di kawasan perkampungan ini , amat lah memang sesuai untuk nikmati makanan dengan pemandangan yang jauh dari kesibukan. Antara menu menu yang ada disini ialah laksa udang, laksa sambal sotong, laksa telur dan laksa sotong. Terdapat juga set ikan bawal dan ikan keli bersama nasi dan hidangan sampingan.
Lokasi ini di pengkalan tambang pulau pinang, Permatang Pauh, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu pada pukul 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 013-246 5436
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/laksaudangiryani/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Permatang Pauh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !