13 Tempat Makan Best Seafood Di Tanjung Karang, Selangor | Tanjung Karang ialah sebuah pekan yang terletak di negeri Selangor. Tanjung Karang juga adalah sebuah kawasan penanaman sawah padi yang kedua terbesar selepas Kedah. Kawasan ini sangat sesuai untuk anda nikmati suasana kampung yang dikelilingi sawah padi. Selain itu, Tanjung Karang juga terdapat beberapa tempat makan yang popular dan menarik yang perlu anda cuba.
Menikmati pemandangan indah ala kampung memang mampu menenangkan jiwa kita jauh dari kesibukan kerja. Tapi tak lengkap tanpa mencuba makanan di sini. Ingin mencuba makanan yang berasaskan makanan laut di sini? Tapi tak tahu di mana nak cari. Berikut adalah senarai 13 tempat makan best seafood yang ada di Tanjung Karang Selangor.
1. KETAM MERAH CABIN – SEAFOOD
Kalau nak tahu, Ketam Merah Cabin adalah sebuah restoran yang berkonsepkan contena ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti saefood, western dan masakan tempatan. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memberi maklum balas yang positif tentang hidangan yang disediakan di sini. Harga juga mampu milik.
Antara menu menu yang ada di sini ialah sweet chili crab, siakap 3 rasa, siakap stim, sotong goreng tepung, butter cream crab, salted egg crab, lonster butter milk, kepah masak cili dan banyak lagi hidangan yang ada di sini.
Lokasi ini di Jalan Parit 2 Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Tanjung Karang, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:019-774 4678
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KetamMerahCabin/
2. ISLAND SEAFOOD TANJUNG KARANG – SEAFOOD
Island Seafood Tanjung Karang adalah salah satu restoran yang menyediakan banyak aneka makanan laut yang dimasak ala melayu. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan ulasan di bahagian komen yang berpuas hati dengan masakan di sini. Harga di restoran ini juga murah.
Selain itu, antara menu menu yang ada di sini ialah seperti aneka seafood, udang masak pedas, ketam masak pedas, tomyam seafood, oyster, udang goreng, sotong dan ketam celup tepung dan banyak lagi.
Lokasi ini di 86 JALAN BESAR, Tanjung Karang, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu pada pukul 4.00 petang hingga 1.00 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:016-6732345
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/islandseafoodtanjongkarang/
3. WARUNG MEE UDANG BANJIR TG KARANG – SEAFOOD
Peminta mee udang wajib cuba mee udang kuah pekat dengan saiz udang yang sangat berbaloi. Restoran ini adalah salah satu restoran mee udang yang popular di tanjung karang ini. Restoran ini juga mendapat rating dan review yang tinggi di google dengan ulasan komen yang positif. Harga di sini juga murah dan berpatutan dengan portion mee udang yang disediakan.
Antara menu hidangan yang ada di sini ialah seperti mee udang banjir special, mee goreng udang, nasi goreng sotong, ketam goreng, mee rebus udang, nasi goreng sotong kurita, nasi goreng udang galah, udang goreng tepung dan banyak lagi.
Lokasi ini di BATU 10, Jalan Bernam, Kampung Tengah, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu pada pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 013-469 3171
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungmeeudangbanjirtgkarang/?ref=page_internal
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Tanjung Karang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !