5 Tempat Makan Malam Best di Ipoh | Tengah cari tempat makan best di Ipoh kan? Ini merupakan pengalaman kami mencari tempat makan malam best di Ipoh. Harapnya 5 senarai tempat makan malam best ini dapat membantu yang sedang mencari tu ye. Kenapa 3? Bukan 5 atau 10 tempat makan malam best? Sebab ini tempat makan malam yang pernah kita pergi.
1. Nasi Goreng Udang Banjir
Waktu tu dah nak masuk Maghrib bila kami masuk Ipoh. Perut pun dah lapar. Bila google je terus jumpa kedai ni. Sempoi je Gerai Nasi Goreng Udang Banjir Ipoh ni. Kami terus order Nasi Goreng Udang Banjir ni. Dalam satu pinggan, ada lebih kurang 20-25 ekor udang. Puas. Antara menu selain dari Nasi Goreng Udang Banjir ni adalah Nasi Goreng Udang Petai Banjir, Nasi Goreng Sotong Banjir, Nasi Goreng Sotong Petai Banjir. Untuk anak-anak pula, boleh je order sate ayam atau daging atau western dan lain-lain. Boleh la cuba tempat makan best Ipoh ni.
Alamat:
SSI Corner, No. 24, Medan Selera,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi – 4petang hingga 12malam (Isnin cuti)
Tiktok Video
@khalifahmedianetworks♬ Sayunk I Love You
2. Restoran Claypot Raja Patin
Terasa Pahang tu jauh nak makan menu ikan patin? Boleh la singgah Restoran Claypot Raja Patin di Ipoh ni. Kalau tak minat makan ikan patin pun tidak mengapa. Sebab ada banyak lagi menu lain seperti western dan masakan ala Thai yang membuatkan kita semua boleh terliur pun ada. Burger dia pula memang padu.
Alamat:
43-45, Jalan Ali Pitchay,
Taman Jubilee,
30250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi – 1petang hingga 11malam
3. Laksa Saranghae
Dah bosan dengan makan nasi-nasi atau western? Jangan risau, korang boleh cuba makan laksa Saranghae ni. Kuah dia pekat dan memang lain dari yang lain. Tempat makan malam best di Ipoh ni bukan calang-calang tau.
Alamat:
61, Laluan Jelapang Selatan,
Taman Keledang Jaya,
30100 Ipoh, Perak
Waktu Operasi – 12petang hingga 930malam (Isnin Tutup)
Kalau senarai ni tak cukup untuk membantu anda buat keputusan, boleh juga periksa ni pula, 3 Tempat Makan Best Western di Ipoh. Kalau ada tempat-tempat makan lain yang anda jumpa best di Ipoh, boleh tinggalkan komen anda di bawah.