13 Tempat Makan Best Seafood Di Baling, Kedah | Baling merupakan daerah kedua terbesar di negeri kedah selepas daerah Sik. Meskipun baling kurang popular berbanding destinasi utama lain, namun ia mempunyai tarikan tersendiri terutama keindahan semula jadi. Daerah ini juga tidak asing dalam kalangan pencinta alam semula jadi. Selain itu, di baling juga terdapat tempat tempat yang menarik dengan kepelbagaian makanannya. Tapi dimana tempat makan yang best dan berbaloi untuk dicuba? Berikut merupakan senarai tempat makan best di Baling, Kedah.
1. OISHII GARDEN KG SIPUT SIONG – SEAFOOD
Restoren ini mendapat rating yang tinggi di google dan rata-rata pelanggan memberi komen yang baik tentang hidangan di restoran ini. Hidangan yang disediakan adalah hidangan seperti seafood dan juga hidangan western. Harga di restoran ini juga berpatutan dengan variasi makanan yang pelbagai.
Diantara makanan berasakan seafood adalah seperti Steamboat & grill, seafood oglio oli pasta, fried rice salmon dan tomyam seafood. Selain itu makanan western juga turut disediakan seperti meat platter, pasta, chicken chop, lamb chop dan pelbagai lagi
Lokasi restoran ini terletak di OISHII GARDEN KG SIPUT, Baling, Malaysia
waktu beroperasi adalah pada setiap hari kecuali hari jumaat pada pukul 3ptg hingga 11 malam. Pertanyaan lanjut sila hubungi TEL:019-4702310
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/oishiigardenkgsiputsiong/
2. RESTORAN CHIANG RAI – SEAFOOD
Restoren ini ialah salah satu diantara restoren thai dengan rating tinggi di google. Jika anda ingin makan masakan ala thai dan masakan panas boleh lah berkunjung ke restoran chiang rai ini. Pelbagai menu masakan thai disediakan di sini pada harga yang murah dan berpatutan.
Pelbagai variasi menu thai yang disediakan di sini antaranya ialah Thai food, Miang pra, Steam clams and red cooked meat, Miangpla, Mee siam dan pelbagai lagi. Jika anda ingin mencubanya bolehlah berkunjung kesini ketika datang ke baling.
Lokasi restoran terletak di bt. 45, kg pokok sena, Baling, Malaysia
Waktu operasi ialah pada setiap hari, jam 4 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 011-18800690
FACEBOOK PAGE: https:https://www.facebook.com/restoranchiangrai/
3. D’JOE IKAN BAKAR – SEAFOOD
Restoran ini menyediakan hidangan nasi lauk campur berasaskan makanan laut. Restoran ini juga menyediakan pelbagai variasi makanan laut yang boleh anda cuba. Menu utama disini ialah ikan bakar yang menjadi menu popular di restoran ini.
Selain itu, terdapat juga hidangan lain selain ikan bakar yang disediakan disini dengan harga yang berpatutan.
Lokasi restoren D’Joe ikan bakar ini terletak di 42, Kampung Batu, 09100 Baling, Kedah
Waktu pperniagaan adalah pada hari ahad sehingga khamis dan dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi no TEL: 019-5454975
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/D’joe%20Ikan%20Bakar/203076476407991/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Baling ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !