13 Tempat Makanan Seafood Best Di Yan, Kedah | Yan adalah sebuah bandar terkecil di kedah. Daerah ini mempunyai kawasan kawasan peranginan, rekreasi dan tempat yang popular dengan makanannya yang menarik.

Yan sangat popular dengan tempat peranginan dan rekreasinya jadi sambil kita menikmati pemandangan boleh lah kita nikmati juga makanan makanan di sini. Tapi  di mana boleh anda dapatkan makanan-makanan ini?. Berikut adalah senarai tempat makan yang paling best di Yan, Kedah dengan rating tertinggi.

 

1. RESTORAN SEAFOOD THAI TOK UBAN – SEAFOOD

Jika anda berkunjung ke Yan ini adalah restoran yang perlu dicuba. Dekat sini, mereka ada banyak masakan makanan laut dan juga western pada harga yang mampu milik.

Dekat sini juga, mereka ada menyediakan banyak aneka masakan makanan laut seperti ketam, udang, ikan dan banyak lagi.

Lokasi ini di Lot No, 3, Jalan Taman Samudera, Yan, Malaysia.

Waktu mereka beroperasi adalah pada setiap hari, Dan dibuka pada jam 4 ptg hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi TEL: 017-513 2570

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tokuban236/

 

2. ABAH MEE UDANG & KETAM – SEAFOOD

Untuk anda yang mencari mee seafood boleh datang untuk mencuba mee udang & ketam disini. Anda boleh makan sambil nikmati keindahan tepi laut

Mee udang adalah antara menu yang paling popular disini dengan harga yang sangat murah yang boleh didapati dsini.

Lokasi ini di Sungai limau, 06900, Yan, Kedah dan beroperasi pada setiap hari dan akan dibuka pada pukul 11 pagi hingga 8 petang. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi TEL: 010-4694548

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/saleemseafooddanikanbakar/

 

3. SERI YAN (GULAI SEMBILANG) – SEAFOOD

Bagi peminat ikan sembilang di luar sana anda perlu mencubanya disini. Gulai ikan sembilang disini memang popular dan menjadi menu paling banyak menjadi pilihan.

Selain dari itu, mereka ini juga ada banyak masakan lain seperti ikan jenahak, tenggiri  dan banyak lagi seperti udang, sotong dan ketam. Nasi campur dengan aneka lauk yang dibakar, digoreng dan banyak lagi.

Lokasi ini di No F 42 Jalan Sungai Udang Di Hadapan Pejabat Daerah, Yan, Malaysia

Waktu mereka beroperasi adalah pada  setiap hari isnin hingga Sabtu, Dibuka pada jam 7 pagi hingga jam 3.30 petang

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KedaiSeriYan/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Yan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply