34 Individu Berbasikal Disaman, Langgar Peraturan Jalan Raya Di Singapura | Berbasikal merupakan aktiviti yang kian digemari ramai bagi mengisi masa lapang. Namun akibat daripada sifat tidak bertanggungjawab dan sikap sambil lewa ketika melakukan aktiviti tersebut, 34 individu telah disaman Penguasa Pengakutan Darat (LTA) Singapura selepas didapati melanggar peraturan jalan raya di sini, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LTA, 34 individu tersebut didapati berbasikal di jalan raya dan tidak memakai topi keledar, tidak berhenti di lampu isyarat serta kesalahan berbasikal bertentangan dengan arus trafik yang mengaitkan dengan pelanggaran peraturan jalan raya di sini.
Tambahnya, mereka telah disaman di beberapa lokasi iaitu AYE (Ekspreswe Ayer Rajah), Lebuh Raya West Coast, Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road selain menyampaikan mesej kepada individu-individu yang disaman untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta menunjukkan kepada orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil jika mereka turut melakukan perkara yang tidak bertanggunjawab tersebut.
Meskipun ramai orang awam yang mengikuti peraturan jalan raya di sini, namun pegawai polis trafik mendapati 16 individu telah melanggar peraturan dengan berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar serta 16 individu lain disaman kerana tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Dua lagi individu yang turut disaman telah melakukan kesalahan berbasikal bertentangan arus di mana ia dapat mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Polis trafik telah menasihati orang awam untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya jika ingin berbasikal agar keselamatan pengguna lain turut terjamin dan menyedari bahawa ramai dari kalangan orang awam kini mula berbasikal bagi mengamalkan gaya hidup sihat serta mengurangkan penggunaan kenderaan motor dan kereta bagi menjaga alam sekitar.
It is an offence to beat the red light when cycling on the road
Posted by Land Transport Authority – We Keep Your World Moving on Sunday, April 18, 2021
Sumber: Berita Harian