36 Orang Pengunjung Cemas, Kabin Kaca Menara Taming Sari Tersangkut | Melaka: Seramai 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila kabin kaca Menara Taming Sari, di Banda Hilir, di sini, tersangkut pada ketinggian 60 meter, kelmarin.
Terperangkap Lebih 20 Minit
Difahamkan, kejadian berlaku jam 5.55 petang dan mangsa dikatakan terperangkap lebih 20 minit sebelum diselamatkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari (MTS) Azlan Abidin berkata, kejadian berlaku ketika kabin itu berada di ketinggian kira-kira 60 meter dan dalam perjalanan turun.
“Terdapat seramai 36 pelanggan termasuk lapan kanak-kanak dan masing-masing seorang warga emas serta orang kurang upaya (OKU) berada di dalam kabin ketika kejadian.
“Kami mengambil langkah awal dengan membawa turun kesemua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pelanggan berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Kenal Pasti Punca
Menurutnya, kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan teknikal bagi mengenal pasti punca utama pemasalahan berlaku.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.58 petang.
“Ketika pasukan bomba tiba, kabin sedang dalam perjalanan turun dan difahamkan pihak MTS menggunakan motor sokongan untuk berbuat demikian.
“Memandangkan kabin dapat beroperasi dan turun, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang turut berada di lokasi bersedia memantau jika terdapat mangsa yang mengalami sesak nafas atau memerlukan bantuan,” katanya.
Menurutnya, operasi ditamatkan selepas semua pelanggan MTS berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai Di Cameron Highlands Akibat Hujan Lebat
Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai Di Cameron Highlands Akibat Hujan Lebat | Insiden tanah runtuh berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands, di sini, lewat malam semalam akibat hujan lebat.
Banyak Kereta Terkandas
Sehingga jam 1.34 pagi tadi, banyak kenderaan yang melalui jalan itu terkandas.
Difahamkan, kejadian runtuhan tanah itu berlaku pada jam 11.25 malam tadi di lokasi yang pernah berlaku insiden sama sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata kejadian malam tadi disebabkan jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat yang menyebabkan sisa tanah runtuh dan menuruni ke bahagian jalan.
Katanya, ia berikutan cerun sedia ada yang mengalami runtuhan itu sedang dalam proses pembaikan susulan insiden tanah runtuh yang pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Tidak Ada Kerosakan Kereta
“Cerun sedia ada sedang dalam proses pembaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, insiden itu jelasnya tidak mengakibatkan kerosakan kenderaan atau pengguna jalan raya.
Runtuhan itu yang pada mulanya menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan kini sudah dibuka kepada pengguna jalan raya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, dalam satu kenyataan berkata lokasi kejadian adalah tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya,(JKR).
Tiada Kemalangan Jiwa
“Runtuhan tanah telah menutup permukaan jalan raya menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah tidak dapat melalui jalan itu. Tiada laporan kemalangan jiwa diterima dalam kejadian itu”, katanya.
Kira-kira jam 4.30 pagi tadi, jalan berkenaan kembali dibuka kepada semua jenis kenderaan setelah kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan selesai dijalankan pihak kontraktor.
Sumber : KMN
BACA JUGA :
Mak Ayah Mengamuk Cikgu Kurung Anak Darjah 1 Dlm Jeriji Besi Macam Banduan
Mak Ayah Mengamuk Cikgu Kurung Anak Darjah 1 Dlm Jeriji Besi Macam Banduan | TINDAKAN seorang guru yang didakwa mengurung murid tahun satu di sebalik jeriji besi di sebuah sekolah rendah mendatangkan kemarahan ibu bapa.
Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah sekolah rendah di Kota, Negeri Sembilan.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Selasa.
Berdasarkan gambar yang dikongsi di Twitter itu, turut kelihatan beberapa barangan pembersihan termasuk kotak elektrik (DB Box) diletakkan di dalam kawasan berkenaan.
Seorang guru tampil mengaku kurung murid
Menerusi tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan dan guru sekolah tersebut, difahamkan seorang bapa bertanya sama ada benar anak lelakinya dikurung di sebalik jeriji besi berkenaan.
“Salam, pertanyaan. Betul ke anak saya M*****d S*****r S******n diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?
“Tidak ada yang jawab ke? Kejap, saya ke sekolah. Saya nak jumpa Cikgu A****l, Cikgu Z****a dan guru besar,” katanya menerusi perbualan di grup WhatsApp.
Seorang guru kemudian menampilkan diri dan mengaku bahawa dirinya yang telah mengurung pelajar tersebut.
“Salam, ya memang saya yang letakkan,” ujarnya.
Tindakan guru mendatangkan kemarahan ibu bapa
Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan ibu bapa yang mempertikaikan tujuan sekolah itu membina pagar besi berkenaan.
Ada yang berpendapat, tindakan yang melampaui batas itu sememangnya satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.
“Dalam ni anak aku dikurung, diasingkan, budak darjah satu.
“Rosak emosi budak nak ke sekolah, macam tak ada otak,” ujar ibu bapa tersebut.
Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan.
Sumber: KMN