44,000 Mangsa Covid-19 Maut Di India

| August 9, 2020 | 0 Comments

44,000 Mangsa Covid-19 Maut Di India | New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India melonjak kepada 2,215,074 orang, manakala angka korban juga meningkat menjadi 44,386, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data kementerian kesihatan persekutuan pada Isnin.

Sebanyak 62,064 lagi kes baharu dicatatkan dan 1,007 kematian dilaporkan untuk 24 jam lalu.

Isnin, hari ke-11 berturut-turut lonjakan kes baharu dilaporkan lebih daripada 50,000 dan hari keempat berturut-turut apabila lebih 60,000 kes direkodkan dalam sehari.

Menurut kementerian itu, pada masa ini, 634,945 kes masih aktif, sementara 1,535,743 pesakit sembuh.

Kenaikan baru-baru ini dalam kes Covid-19 terutamanya disebabkan peningkatan ujian sampel di seluruh negara.

Sementara itu, Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) pada Isnin mengatakan sebanyak 24,583,558 sampel Covid-19 diuji.

Menurut ICMR, jumlah makmal sekarang ialah 1,406 iaitu 941 di sektor kerajaan dan 465 swasta.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *