Verbally Abused | Assalamualaikum. Saya dah berkahwin, juga seorang surirumah dengan 3 anak yang selang 2 tahun setiap seorang juga. Alhamdulillah suami saya seorang yang sangat memahami. Tapi ibu saya pernah mengalami depresi yang teruk kerana sikap ayah saya.
Ya. Ayah saya seorang suami yang sangat suka mengkritik, suka memaki
hamun anak isteri, panas baran dan sentiasa mahukan kesempurnaan dari
anak isteri walaupun dia sendiri tak sempurna. Saya faham perasaan
confessor hidup dengan manusia begitu.
Ayah saya, kalau dapat saya gambarkan adalah seorang yang sangat
abusive, verbally. Setakat panggil anak isteri b*d*h, lembab, b*****g
itu biasa.
Pernah suatu masa, umur saya baru 8 tahun, saya cuma tertumpahkan air,
dia panggil saya b*****g, buat kerja tak pakai otak. Haha.
Kami hidup dalam ketakutan bila Ayah ada dirumah. Pukul 12 tengahari,
kalau lunch tak terhidang atas meja, memang terbang lah tudung saji tu
alamatnya.
Mak saya wanita berkerjaya. 80 peratus belanja rumah, memang mak saya
yang selesaikan sedangkan gaji ayah lebih dari gaji mak.
Macamana saya tau? Saya dengan mak sangat rapat, mak luahkan segalanya
pada saya semasa saya meningkat remaja. Kesian mak.
Ayah memang tak pernah naik tangan pada kami, tapi pada saya tak ada
bezanya semua itu kalau tiap hari kami terpaksa hadap amukan dan marah
dia. Verbal abuse tak kurang hebatnya dari physical abuse. Tapi ramai
orang terlepas pandang.
Ayah saya bukanlah seorang anak lelaki yang dibesarkan bagai ditatang
minyak yang penuh. Nenek dan atok selalu cerita masa kecik2 ayah saya
memang dilatih buat semua kerja rumah.
Tapi entah kenapa, lepas berkahwin dia berubah. Ayah selalu anggap diri
dia BOS dalam keluarga. Kami kuli yang kena layan semua kehendak dia.
Kalau dia nak kopi, tak menyempat2 kami terpaksa bergegas ke dapur dan
siapkan kopi dia dan tinggalkan semua kerja lain.
Lauk tak kena dengan tekak dia, memang dia ludah balik dan mengamuk
cakap masak apa macamni? B*d*h sangat ke tak tau masak?
Tahun demi tahun berlalu. Mak saya dah pun meninggal dunia kerana
kemurungan dan beberapa penyakit kronik lain.
Ya, mak meninggal sebab kemurungan mengikut diagnosis doktor. Dia hilang
semangat nak hidup. Kemurungan mak memakan diri dia dari hari ke hari.
Sepanjang mak sakit, Ayah tak pernah berubah. Mak tetap dimaki hamun
tiap hari. Kalau mak mengadu sakit, ayah cakap mak mengada ngada, tak
pandai jaga kesihatan sendiri, tu pasal asyik sakit sahaja.
Semua ni masih segar dalam ingatan saya walau dah bertahun berlalu. Kami
anak2 lah yang sentiasa ada disisi mak dan menguruskan mak yang makin
hari makin uzur, sampailah hujung hayat mak.
Tak lama lepas mak meninggal, Ayah kahwin lain. Kami setuju dan izinkan
ayah berkahwin baru walaupun kami masih menangisi pemergian mak tapi
dalam diam hati kami terluka lagi.
Apa yang buat kami terluka sangat adalah layanan ayah terhadap isteri
barunya tak sama langsung dengan layanan ayah pada mak dulu.
Ayah tak pernah meninggi suara pada isteri barunya. Jauh sekali
memerintah isteri barunya itu dan ini. Lain sungguh ayah sekarang. Kami
tak kisah dia beristeri baru. Tapi entahlah, sejak dia beristeri baru,
kami macam bukan lagi anak dia.
Makin hari hubungan kami adik beradik dengan ayah makin renggang. Bukan
kami yang menjauhkan diri, tapi Ayah yang taknak privasi dia dan isteri
baru diganggu. Raya pun, dia lebih suka beraya dengan bini baru dan
anak2 tiri dia.
Kami? Haha. Sejak mak tak ada, kami dah macam yatim piatu. Pandai2lah
kami bawak diri. Setiap kali jumpa ayah, kami mesti dimarah macam macam.
Walaupun kami dah dewasa dan beranak pinak.
Belum cerita kisah isteri baru ayah yang selalu jadi batu api yang
menghangatkan hubungan kami dan Ayah.
Saya sendiri tak tau kenapa ayah seakan benci sangat dengan kami. Kami
cuba ambik hati Ayah, tapi tetap keras hati Ayah untuk berbaik dengan kami.
Doakan kami adik beradik terus kuat menghadapi dugaan ini dan semoga
hati Ayah lembut untuk sayangkan kami seperti ayah orang lain.
Buat lelaki yang bergelar suami, hargailah isteri kalian, sayangi dia,
manjakan dia sebaiknya.
Jangan dibentak, diherdik, dikasari sesuka hati. Gunakanlah title suami
itu sebaiknya. Buat yang bergelar ayah pula, sayangilah anak2,
lindungilah mereka, dekatilah mereka sebelum terlambat.
Anak2 sentiasa rindukan kasih sayang dan bimbingan seorang ayah walau
berapa pun umur mereka. Semoga kita semua mampu berubah menjadi ibubapa
dan pasangan yang lebih baik.
Jadikanlah segala yang baik sebagai pengajaran dan yang buruk sebagai
sempadan. Wallahualam.
– Anak Kecewa (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions