Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

5 Tempat Terbaik Untuk Korang Tukar Absorber Kereta Di Sekitar Lembah Klang. | Kereta mula rasa melayang sewaktu memandu laju? Terasa membuai-buai? Bila ambil selekoh rasa hilang keyakinan?

Mungkin ini tanda-tanda yang suspensi kereta anda perlu diganti baru. Jangan risau, tak perlu khuatir sebab disini kami ingin kongsikan 5 tempat terbaik untuk anda tukar absorber kereta di sekitar Lembah Klang.

1. Ftuned Racing Suspension

Ftuned Racing Suspension merupakan pusat servis suspensi yang berpengalaman lebih 14 tahun bertempat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Mereka aktif dalam litar perlumbaan dan mahir dalam penalaan suspensi untuk kesesuaian perlumbaan atau kegunaan harian. Dengan kepakaran dalam keselamatan, teknikal, penyelenggaraan, dan pemasaran, mereka membantu pasukan perlumbaan mencapai prestasi cemerlang di atas trek, menjadikan mereka rakan strategik yang penting dalam dunia perlumbaan yang penuh saingan.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan penggantian absorber, spring, servis adjustable, alignment, dan weight setup. Sekiranya anda perlukan penalaan khusus untuk sistem suspensi anda boleh kunjungi Ftuned Racing Suspension.

2. Lim Tayar

Lim Tayar juga terkenal dalam industri automotif yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang selama bertahun-tahun. Dengan pelbagai perkhidmatan seperti penukaran tayar, penjagaan tayar kereta, brek dan penyelenggaraan lain, mereka juga menjadi tempat pilihan untuk menukar absorber kereta.

Lim Tayar yang berpusat di Sri Hartamas, Kuala Lumpur juga mempunyai lebih 20 cawangan di Lembah Klang seperti Ampang, Kota Damansara, Selayang Baru, Bangi dan banyak lagi yang boleh jadi pilihan untuk anda tukar absorber kereta.

3. Autohaus KL

Autohaus KL memiliki 15 cawangan di Lembah Klang merupakan antara bengkel pilihan di Lembah Kelang. Mereka sentiasa memberi kualiti terbaik dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Di sini, mereka boleh buat penyelenggaraan biasa dan juga membaiki masalah yang lebih rumit pada kereta anda.

Jika anda perlukan peningkatan prestasi untuk kereta anda atau perkhidmatan seperti penukaran absorber, Autohaus KL adalah tempat yang sesuai. Mereka juga sangat menjaga pelanggan, jadi anda pasti akan mendapat perkhidmatan yang hebat.

4. Kakimotor

Premis yang terletak di Petaling Jaya ini merupakan salah satu pilihan yang boleh anda letak dalam senarai. Telah tertubuh semenjak tahun 1999, kini ia mempunyai beberapa cawangan di serata Malaysia seperti Cheras, Kajang, Klang, Seri Kembangan dan juga Nilai.

Selain mempunyai premis tersendiri, Kakimotor turut menceburkan dalam bidang e-commerce yang mana mereka turut mempunyai website tersendiri bagi memenuhi permintaan pasaran terutamanya pasaran Malaysia. Selain mempunyai servis yang cekap, harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi untuk pelanggan semua.

5. MrAbsorber

Mr. Absorber juga merupakan salah satu pakar absorber yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bumiputera dan kini makin berkembang dengan membuka cawangan di seluruh Malaysia. Di Mr. Absorber anda boleh membuat pilihan samada ingin membeli, membuat pemasangan mahupun pemeriksaan. Apa yang menariknya, mereka menyediakan pelbagai pilihan jenama absorber dan spring kenderaan yang boleh buat anda rambang mata.

Dengan barisan pekerja dan mekanik yang berpengalaman, ini membuatkan servis Mr. Absorber sangat efisien termasuklah khidmat servis pelanggan mereka. Pelanggan dapat berkomunikasi dengan baik sebelum memilih servis perkhidmatan yang diinginkan. Dalam aspek lain, Mr. Absorber turut tidak terkecuali dalam memberikan yang terbaik seperti ruang menunggu yang selesa, kemudahan yang mencukupi, tiada caj yang tersembunyi malah pelanggan boleh memilih untuk melakukan pembelian secara online, walk in atau pun melalui pengedar-pengedar Mr. Absorber yang berdekatan.

Share.

Leave A Reply