13 Tempat Makan Best Sarapan Di Cameron Highlands, Pahang | Cameron Highlands ialah sebuah destinasi peranginan bukit yang terkenal dan terletak di negeri Pahang, Malaysia. Ia terkenal dengan iklim sejuknya, ladang teh yang subur, landskap menakjubkan, dan pelbagai aktiviti luaran. Disebabkan itu terdapat banyak port-port makan yang best kat sini yang boleh korang singgah sekiranya korang melawat Cameron Highlands.
Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Cameron Highlands untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Cameron Highlands, Pahang yang boleh anda singgah.
1. 200 SEEDS CAFE (ABANG STRAWBERRY) – SARAPAN
Abang Strawberry merupakan tempat wajib untuk pengunjung yang datang ke Cameron Highlands singgah. Suasana yang cantik dan Instagrammable. Kedai mereka bersih dan mempunyai banyak kawasan makan. Perkhidmatan juga agak cepat walaupun perlu pesan menggunakan kod QR dan mengambil sendiri melalui notifikasi buzzer. Cuma tempat letak kereta sangat terhad di sekitar sini, bahkan pada hari biasa.
Antara menu yang bestseller di sini ialah Nasi Lemak Strawberi, Teh Tarik Stawberry, Strawberry Scones, Hot Chocolate Strawberry dan banyak lagi. Ini merupakan tempat wajib pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk singgah.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 27, Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang atau 5.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-478 1700 atau boleh terus email di [email protected].
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/abang.strawberry/
FACEBOOK PAGE: https://www.instagram.com/abang.strawberry/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@abangstrawberry
2. OPAH NASI LEMAK STRAWBERRY – SARAPAN
Opah Nasi Lemak Strawberry merupakan port wajib untuk anda singgah breakfast. Antara menu yang sering dipesan ialah Nasi Lemak Strawberry Opah dengan Ayam, Scones dengan Strawberry Jam dan Butter, Nasi Lemak Buttermilk Chicken, Mee Kari Special. Nasi Lemak Sambal Strawberi mereka ini merupakan menu bestseller di sini. Sambal strawberi yang unik ini dan bagaimana ia bercampur dengan baik dengan bahan-bahan lain.
Ia mempunyai rasa strawberi yang sedikit manis tetapi masih mengekalkan pedas cili. Mereka juga menyediakan sambal nasi lemak biasa, yang juga sedap. Korang wajib singgah kalau datang ke Cameron Highlands. Kedai ini juga merupakan kedai yang wajib dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung sekiranya mereka datang ke Cameron Highlands.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 17, Jalan Mawar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang atau 5.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 01165561643.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/opahstrawberries/
3. WARONG IKAT TEPI – SARAPAN
Warong Ikat Tepi ini menyajikan menu sarapan ala tempatan, hanya makan tengah hari tersedia pada hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah panjang, dan cuti umum tertentu. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak, roti telur, roti bakar kaya, mee kari, bihun sup, soto, roti canai dan pelbagai lagi. Pengunjung yang datang ke sini rata-rata mengatakan makanan mereka sedap dan portion makanan mereka juga banyak. Berbaloi untuk mencuba dan harga pon murah dan berpatutan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No.21 Kampong Taman Sedia, Jalan Dahlia,39000, 39000 Tanah Rata, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 8 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-932 3347.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warongikattepi_ch/?hl=en
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warongikattepi/?locale=ms_MY
4. AVANT CHOCOLATE CAMERON HIGHLANDS – SARAPAN
Avant Chocolate merupakan cafe, taman dan ladang yang sesuai untuk korang datang ke sini sekeluaraga. Suasana dan kawasan yang sangat bagus serta tempat yang hebat untuk korang santai-santai. Terdapat banyak jenis makanan dan minuman termasuk lah English breakfast seperti sandwiches, set breakfast, pastry, scones dan kek.
Harganya makanannya agak mahal tetapi, mereka tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk ke taman dan ladang, jadi agak berbaloi untuk datang. Terdapat banyak haiwan yang boleh korang tengok kat sini seperti burung dalam sangkar besar, ladang itik, kambing, ayam, arnab, dan juga penyu. Tempat yang sesuai untuk korang bersantai dengan anak-anak anda.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di F609, Jalan, Kampung Raja, 39010 Simpang Pulai, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 9 pagi sehingga 6.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 05-498 1982.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Cameron Highlands ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !