13 Tempat Makan Best Sarapan Di Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.
Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Wangsa Maju untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang boleh anda singgah.
1. CHAMCA KL – SARAPAN
Chamca Kl merupakan port breakfast berkonsepkan cafe di Wangsa Maju. Di sini, mereka menyajikan menu sarapan pagi seperti Telur Rebus dengan Kaya Toasts, Nasi Lemak Ayam Goreng, Laksa Sarang Lontong Darat Rendang Daging Lempeng Sambal Tumis Ikan Bilis. Nasi Lemak mereka di sediakan menggunakan beras basmathi yang di steam dan ayam goreng berempah. Banyak pilihan makanan di sini yang korang boleh cuba. Parking dekat sini agak limited kalau waktu working hours.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 33g, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 5 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-276 4001 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/laksasarang.go/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@chamca.kl
2. D’TIMER CAFE – SARAPAN
Sesiapa yang craving untuk masakan homemade Johor, ini merupakan port breakfast yang wajib korang singgah. Salah satu cafe breakfast di mana korang boleh mencuba menu sarapan pagi Johor di Kuala Lumpur. Mereka menyajikan kacang pool, nasi lemak, lempeng, roti jala, Laksa Johor, Nasi Ambeng Ayam Kicap, Mee Rebus Johor, Mee Bandung Muar dan banyak lagi. Banyak pilihan makanan yang boleh korang dapat.
Parking juga senang, korang boleh parking depan kedai dengan percuma. Korang boleh makan di dalam atau di luar. Di sini juga terdapat cake dan pastries kalau korang nak cuba.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-4141 5312 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dtimercafe/
INSTAGRAm PAGE: https://www.instagram.com/dtimercafe/
3. KOPI & BENANG – SARAPAN
Kopi & Benang merupakan salah satu port breakfast yang viral di Tiktok. Suasana cafe ini yang tenang dan aesthetics membuatkan ramai pengunjung datang untuk mencuba sarapan pagi mereka. Mostly yang datang kebanyakkannya dari kalangan remaja. Sesuai untuk korang lepak dan buat gathering dengan kawan-kawan.
Menu yang terdapat di sini ialah roti bakar, lontong, nasi lemak, ubi kayu rebus, pelbagai jenis minuman kopi, roti bersama telur separuh masak dan banyak lagi. Sesekali datang ke Wangsa Maju, jangan lupa untuk singgah di sini.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 24, Jalan AU2C/2, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja pada pukul 7.30 pagi sehingga 11 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 017-377 9919.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopidanbenang
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopidanbenang_/?hl=en
4. RESTORAN BRJ BISTRO CORNER – SARAPAN
Sesiapa yang suka breakfast style mamak, ini merupakan restoran mamak yang agak popular di Wangsa Maju. Korang boleh datang cuba diorang punya menu breakfast seperti nasi lemak ayam goreng, tosei, roti canai kuah dal, nasi lemak dengan ayam tandoori, roti canai telur leleh dan banyak lagi. Restoran ini juga sesuai untuk korang yang suka lepak.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 10 & 12, Jalan 4a/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari dan 24 jam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-4141 6475.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Wangsa Maju ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !